Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lagi Cubaan Serbu Rumah...

COLOMBO: Penunjuk perasaan yang kali ini terdiri daripada golongan pelajar cuba sekali lagi...

11 Mayat Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 11 mayat ditemui di kawasan Gunung Kinabalu semalam susulan...

Video: Dipanggil ‘Stupid’, Pegawai...

SEJAK Ahad lalu, video memaparkan seorang pegawai trafik wanita naik angin hingga menepuk...

Mydin Manjoi Perlu Lakukan...

BATU GAJAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyarankan agar pengurusan...

Shafie Ke SPRM Isu Songlap Dana KKLW RM1.5 Bilion

PANAS… Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada pukul 5 petang Khamis.

Ini sebenarnya untuk memberi keterangan siasatan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berjumlah RM1.5 bilion antara 2009 hingga 2015 lalu.

Menurut sumber, Mohd. Shafie yang kini berada di Kuala Lumpur akan menaiki penerbangan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 3.30 petang.

Ahli Parlimen Semporna dan bekas Naib Presiden UMNO itu kemudiannya akan terus pergi ke pejabat SPRM negeri berkenaan di Wisma Sulaman, Kota Kinabalu untuk tujuan tersebut.

Sebelum ini, banyak pihak telah menjangka Mohd. Shafie akan dipanggil oleh SPRM memandangkan beliau sendiri merupakan Menteri KKLW sepanjang tempoh tujuh tahun berkenaan.


Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009 itu setakat ini menyaksikan RM179 juta dibekukan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan dana RM1.5 bilion yang diseleweng dalam tempoh tersebut.

Setakat ini beberapa pemimpin politik tempatan termasuk adik Mohd. Shafie sendiri berjaya ditahan SPRM namun dibebaskan dengan ikat jamin pada Khamis. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori