Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Selangor Umum Pengecualian Cukai,...

SHAH ALAM: Sebanyak 426,656 rumah kos rendah di seluruh negeri dikuatkuasakan pengecualian cukai...

Kerajaan Perlu ‘Gembirakan’ Rakyat,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan diseru mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat bagi...

Turki Lantik Duta Berhijab...

ANKARA - Wanita ini pernah dihalau keluar dari bangunan Parlimen Turki di sini...

Khalid Ibrahim Percaya Mahkamah...

KUALA LUMPUR - "Saya percaya kedua-dua pihak telah diberi ruang secukupnya untuk memberi...

Shahir Sunting Erra Fazira Awal Tahun Hadapan

NAMA Shahir Zawawi semakin kerap muncul di ruangan gosip selepas satu demi satu cerita hangat dikaitkan dengannya.

Bermula dengan kontroversi mengenai dirinya yang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pramugari, Shahir pula pada awalnya mahu menarik diri pada saat-saar akhir sebelum final AF Megastar.

Baca: Shahir Tarik Diri, Ewal Dedah Perangai Sebenar Mona

Juga: Final AF Megastar, Shahir Tak Hampakan Peminat

Terdahulu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) ini pernah menyatakan yang dia bakal meminang Erra Fazira pada tahun hadapan.

Lagi: Shahir, Erra Bakal Disatukan Tahun Depan?

Kata Shahir, niatnya untuk menyunting Erra menjadi isterinya akan tetap diteruskan.

“Insya-Allah apa yang kita rancangkan pada tahun hadapan (perkahwinan) akan dilaksanakan,” katanya dipetik mStar Online.

Kaitan: Erra Tak Masuk Campur, Mohon Shahir Selesai Sendiri

Tambahnya lagi, hubungan mereka berdua masih baik walaupun dirinya dilanda dengan kontroversi kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pramugari yang dikenali sebagai Mona Syamimi.

“Dengan pihak itu (Mona) saya tiada kena mengena saya masih dengan orang yang sama (Erra) dan kami tiada masalah.

“Saya sudah bercakap dengannya (Erra) tentang apa yang berlaku dan Alhamdulillah dia pun memahami.

“Erra sendiri pun seorang anak seni dan dia lebih faham tentang asam garam bergelar seorang selebriti,” jelasnya.

Sementara itu, hasrat Shahir sebelum ini untuk menarik diri di saat akhir dibatalkan. Malah, dia juga mengambil keputusan untuk bersikap professional dengan meneruskan perjuangannya di AF Megastar.

“Saya nak buktikan pada semua orang yang saya tak mengejar populariti atau kemasyhuran sebagai artis dan tiada masalah untuk tarik diri malah lebih reda jalani kehidupan sebagai orang biasa.


“Bukan sahaja saya fikirkan tentang tanggungjawab tetapi kepercayaan peminat yang mereka berikan kepada saya selama ini.

“Saya tidak akan ‘hilang’ dan akan teruskan karier sebagai penyanyi selepas ini bagi membalas semua jasa peminat dan orang yang percayakan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Shahir turut menjelaskan air mata yang mengalir sewaktu menyanyikan lagu baharunya iaitu Jangan Pergi Mama di pentas akhir AF Megastar tempoh hari bukanlah sekadar dibuat-buat atau drama.

Sebaliknya, enosinya ikhlas dari hati kerana tersentuh setiap kali perihal ibu diutarakan.

“Saya agak sensitif apabila bercakap soal ibu dan rasanya semua orang pun begitu. Sebenarnya dari peringkat awal saya dah mula rasa sebak tapi saya tahan kerana takut mengganggu persembahan.

“Tapi ketika selesai persembahan saya dah tak boleh nak control. Kalau ada yang kata saya sengaja berdrama…sebenarnya saya pernah berlakon dan perkara yang paling susah saya nak buat ialah babak air mata,” katanya dipetik Astro Gempak.

Walau apa pun, tahniah diucapkan kerana sampai ke peringkat akhir AF Megastar dan semoga dipermudahkan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Diharapkan kontroversi yang melanda dirinya dapat diselesaikan dengan baik selain mematangkan dalam mengharungi liku bergelar anak seni. – MYNEWSHUB.CC

Kategori