Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Perancis Usia 91,...

BESANCON (Perancis) - Seorang warga emas berusia 91 tahun menjadi antara wanita tertua...

Model Dibunuh, Mata Dikorek...

AKIBAT cemburu dengan kecantikan adiknya, seorang gadis Rusia, Elizaveta Dubrovina, 19, tergamak membunuh...

Kelantan Pinjamkan 6 Pemain...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membuat keputusan meminjamkan enam pemainnya...

Enam Tuntutan Kepada Syarikat...

PETALING JAYA - Hampir 100 penghantar makanan hadir menyerahkan memorandum mengandungi enam tuntutan...

‘Si Bawang Putih’ Berhijab Lepas Balik Umrah

“BAWANG Putihhhhhhhh! Apa kamu ingat kamu itu puteri raja di rumah ini?” Ha… Ada yang ingat lagi tak dialog ni?

Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan sinetron kegilaan remaja tahun 2004 yang bertajuk Bawang Putih Bawang Merah. Ia kisah hidup Bawang Putih yang sering dibuli oleh Bawang Merah dan ibu tirinya,

Tak dinafikan walaupun di tengah penceritaannya agak tidak logik dengan kehadiran ‘ibu pari-pari’ dan lelaki yang memiliki muka seiras walaupun bukan saudara kembar serta aneka lagi yang tidak babak yang tak masuk akal.

Tapi tahukan anda semua bahawa si Bawang Putih yang sering dibuli itu kini sudah berhijab? Ya, watak Alya yang dipegang oleh Revalina S. Temat kini manis mengenakan tudung sejak Februari lalu.

Revalini, 31, malah sudah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Randy Aditya dan telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Righa Sadiwasakti Rabbani yang kini berusia hampir setahun.

Pelakon cantik manis ini turut kelihatan pada majlis resepsi Laudya Cynthia Bella bersama dengan Engku Emran baru-baru ini.


Selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci pada Februari lalu, Revalina kini terus bertudung sehingga kini kerana ingin lebih dekat dengan Yang Maha Kuasa.

Kini Revalina sudah slow down sedikit dalam dunia seni. Mungkin ingin menumpukan perhatian menjaga anaknya yang semakin membesar.

Mudah-mudahan Revalina akan sentiasa istiqomah dalam mencari keredaan-Nya. Semoga selepas ini ramai lagi selebriti yang akan berhijrah demi kebaikan mereka. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori