Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rozi Dedah Pengorbanan Siti...

SEJAK 13 Oktober lalu, penyanyi Nombor 1 Malaysia ini tidak henti-henti telah menerima...

Jawi Sahkan 2 Selebriti...

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan...

Syafiq Yusof, Isteri Timang...

TAHNIAH diucapkan kepada pengarah filem, Syafiq Yusof dan isteri, Aeisha Zainal yang telah...

Isu Lynas: Apa Pendirian...

KANGAR - Isu operasi kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) adalah...

Siapkan Segera Kompleks Perikanan Mini Ko-Nelayan

KUALA PENYU – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mahu projek pembinaan Kompleks Perikanan Mini Ko-Nelayan di sini bernilai RM7.5 juta yang terbengkalai sejak tujuh tahun lalu dapat disiapkan secepat mungkin.

Beliau berkata kerja meneruskan pembinaan kompleks berkenaan perlu dilaksanakan segera kerana lebih 1,000 nelayan di kawasan Kuala Penyu yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan tradisi sudah lama menunggu untuk memanfaatkan kemudahan itu.

“Saya minta Setiausaha Tetap (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah), Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), kontraktor dan juruperunding berbincang supaya projek ini dapat diteruskan dan disiapkan dengan segera,” katanya.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata demikian kepada pemberita ketika melawat bagi meninjau keadaan di tapak projek kompleks itu yang kini kira-kira 50 peratus siap.

Beliau berkata antara masalah yang dihadapi sehingga pembinaannya terpaksa dihentikan seterusnya terbengkalai adalah keadaan pemasangan cerucuk yang tidak betul dan dikhuatiri boleh membahayakan pengguna.

Oleh itu, Yahya berkata kajian semula perlu dijalankan sebelum meneruskan pembinaannya bagi mengelak masalah tidak diingini daripada berlaku.


Menurutnya, setakat ini kira-kira RM4 juta sudah dibelanjakan untuk pembinaan kompleks itu dan RM1 juta hingga RM2 juta kos tambahan mungkin diperlukan untuk menyiapkannya.

“Kalau siap kelak, ia akan memberi impak baik kepada nelayan di sini kerana di situ mereka boleh memunggah tangkapan dan mengadakan jualan serta merancakkan aktiviti perikanan di sini,” katanya. – BERNAMA

Kategori