Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Persepsi Terhadap Penguatkuasaan KPDNKK...

PUTRAJAYA - Persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan...

Kecoh Kes Buli Di...

KUALA LUMPUR - Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang sebelum ini pernah menjadi...

Abby Abadi Tuntut Puluhan...

AWAL bulan lalu, kami pernah menyiarkan artikel bertajuk 'Abby Abadi Lagi…Ditegur Peminat Dedah...

Terlalu Aktif, Fasha Sandha...

KUALA LUMPUR - Hanya sempat menikmati seketika debaran untuk kembali menimang cahaya mata,...

Siasatan Penyelewengan Dana KKLW Telus – TPM

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana lebih RM100 juta untuk program rakyat miskin adalah telus dan tidak melibatkan unsur politik.

Beliau juga meminta agar SPRM diberi peluang menyiasat kes itu.

“Dalam hal ini saya cukup yakin ia telus, bukan berunsur politik.

“Kita boleh beri kebolehpercayaan yang tinggi kepada SPRM, terutama dalam menentukan projek untuk rakyat dinikmati oleh rakyat, bukan tercicir di tengah jalan atau berlaku ketirisan disebabkan beberapa orang yang mempunyai agenda sendiri yang tidak menterjemahkan agenda kerajaan persekutuan ke kawasan luar bandar, terutama di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Membasmi Kemiskinan ke-10.

Beliau mengulas laporan media yang menyebut SPRM menyiasat kes penyelewengan dana untuk projek kebajikan rakyat miskin oleh pegawai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bersekongkol dengan 10 syarikat.


Turut dilaporkan SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pemimpin parti pembangkang di Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata beliau amat menghargai komitmen Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM bagi melancarkan siasatan.

Sementara itu, Ismail Sabri yang turut hadir pada sidang media tersebut meminta masyarakat agar menunggu siasatan SPRM selesai bagi mengetahui jumlah sebenar dana yang diselewengkan. – BERNAMA

Kategori