Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim...

KUANTAN : Kerajaan Pahang mewujudkan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat (JKPSTR) bagi...

Bengkel Terbakar, 14 Kereta...

SHAH ALAM - Empat belas kereta yang disimpan di sebuah bengkel di Pandamaran,...

Polis Tumpaskan ‘Geng Mat...

LANGKAWI - Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi dan pecah rumah 'Geng Mat Daud'...

BWF Cadang Inisiatif Tingkat...

KUALA LUMPUR – Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan mencadangkan beberapa inisiatif semasa...

Sibu Sedia Terima Kawasan Baharu Industri

SIBU – Sibu, pintu masuk ke kawasan tengah Sarawak, bersedia untuk mendapatkan kawasan baharu perindustrian bagi meningkatkan komuniti perniagaan yang berkembang pesat, terutama sektor perusahaan kecil dan sederhana.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur sedang mengenal pasti 40 hektar tanah untuk tujuan itu.

“Kami kini mengusahakan pengambilan tanah. Sudah tentu, ia perlu dilakukan secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pembangunan Usahawan dan Industri di sini hari ini.

Sibu mempunyai dua kawasan perindustrian, Kawasan Perindustrian Upper Lanang (industri Ringan Bercampur) Kawasan Perindustrian Pembinaan Kapal Rantau Panjang.

Terdahulu dalam ucapannya, Awang Tengah, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Negeri, berkata kerajaan negeri meluluskan RM10.5 juta untuk menaik taraf infrastruktur kawasan industri Rantau Panjang serta mengembangkan kawasan itu untuk meningkatkan potensi pertumbuhannya.

“Kami ada beberapa dana dan akan bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Ukur untuk pengambilalihan tanah,” katanya.


Sarawak mempunyai 68 limbungan kapal, dengan 42 daripadanya tertumpu di Sibu, dan mempunyai keupayaan dan kapasiti untuk membina kapal sokongan luar pesisir, tongkang, baj dan bot penumpang.

Kapal-kapal tersebut memenuhi standard antarabangsa dan dieksport ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, serta negara di Timur Tengah dan Afrika.

Sarawak mengeksport kapal, bot dan struktur terapung bernilai US$29 juta pada 2016 berbanding US$ 28 juta pada 2015. – BERNAMA

Kategori