Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pusat Hiburan, Pelacuran Di...

KUALA LUMPUR - Tindakan licik sindiket pelacuran menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung...

Perairan Sabah Selamat Hasil...

KUCHING - Perairan negeri Sabah kini selamat untuk dilalui berikutan Tentera Laut Diraja...

FAM Diminta Selesai Isu...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta membantu untuk mendapatkan tiket tambahan...

Khalid Ibrahim Jadi Penasihat...

KUALA NERUS - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang...

Sinar Deepavali Bagi 10 Penerima Rumah Baiti Jannati

KUALA LUMPUR – Sambutan Deepavali bagi sepasang suami isteri penghidap sakit jantung yang sebelum ini suram kini ‘kembali bersinar’ apabila mereka sekeluarga dihadiahkan sebuah kediaman yang selesa.

Perasaan tersebut diluahkan oleh S. Perumal, 64, selepas menerima kunci kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini yang diserahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerusi program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan.

“Sejak menghidap penyakit jantung sejak lapan tahun lalu, saya tidak lagi dapat bekerja dan mulai daripada itu, saya sudah tidak sambut Deepavali kerana rasa tidak semangat kerana pendapatan pun tiada. Sewa rumah pun tidak mampu sampai tertunggak lebih RM4,000.

Selama ini saya dan keluarga hanya bergantung sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan dan terpaksa minta belas ihsan daripada adik lelaki saya dan saudara mara untuk belikan barang dapur,” katanya kepada pemberita selepas sesi penyerahan kunci rumah, di sini hari ini.

S. Perumal adalah antara 10 keluarga daripada komuniti India yang telah menyewa PPR dan Perumahan Awam (PA) sejak 10 tahun lalu dan terdiri daripada golongan miskin bandar terpilih untuk menerima kediaman dan bantuan menerusi program inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tengku Adnan berkata kesemua keluarga yang mendapat kediaman baharu di tujuh PPR Desa Rejang dan tiga PA Seri Pantai itu bukan sahaja mendapat rumah yang telah diubahsuai dan dibaikpulih, malah turut disertakan dengan kelengkapan perabot dan barangan elektronik seperti peti sejuk serta televisyen.


“Para penerima yang dipilih menepati kriteria utama program ini iaitu miskin bandar yang mempunyai anggota keluarga Orang Kelainan Upaya, berpenyakit kronik, suami atau isteri yang telah meninggal dunia dan tanggungan anak yang ramai dan tidak mampu bayar sewa sejak sekian lama.

“Daripada 70,000 penyewa di PPR dan PA, sejumlah 30,000 daripadanya tidak mampu bayar sewa dan telah dikenal pasti sebagai keluarga daif,” katanya.
Tengku Adnan berkata sehingga awal tahun depan, sebanyak 168 keluarga daripada golongan miskin bandar telah dan akan menerima kediaman percuma itu yang melibatkan dana keseluruhan hampir RM10 juta.

Katanya program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan yang dimulakan sejak bulan Ramadan lepas itu melibatkan peruntukan dana sepenuhnya daripada Yayasan Wilayah Persekutuan, syarikat-syarikat swasta dan badan-badan bukan kerajaan. – BERNAMA

Kategori