Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Singapura Sudah Bersedia Anjur...

SINGAPURA - Singapura yang akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-28 pada Jun...

Populariti Bukan Alasan Ayda...

PETALING JAYA - Pelakon Ayda Jebat menjelaskan dia tidak akan menaikkan bayaran lakonannya...

Ahmad Bashah Mahu Nilai...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata...

Lawak.. 10 Gambar Yang...

AMBIL gambar selfie sememangnya sudah jadi trend anak muda zaman sekarang.Dengan kecanggihan kamera...

Siti Nurhaliza Kini Bergelar Datuk Seri

SATU demi satu berita gembira hadir buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Setelah mengumumkan penantian selama 11 tahunnya berakhir dengan kehamilan sulung beliau baru-baru ini, Siti sekali lagi dikurniakan ‘hadiah’ yang tidak ternilai.

Siti telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, Isnin, 23 Oktober.

Siti antara 101 orang penerima anugerah darjah kebesaran Pahang bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran Pahang tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahamad Shah di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Pelantun lagu Segala Perasaan ini turut berkongsi berita tersebut bersama pengikut-pengikutnya apabila memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya.


Pengurusnya, Rozi Abdul Razak turut memuat naik beberapa gambar dengan kapsyen yang menggambarkan darjah kebesaran yang diterimanya itu sebagai rezeki yang tidak dijangka.

Dalam pada itu, tiga lagi selebriti turut menerima anugerah kebesaran diraja tersebut. Mereka ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof, Adi Putra dan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.

Datuk Eizlan Yusof turut menerima SSAP manakala Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Jovian Mandagie yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn. Bhd. menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) sekaligus membawa gelaran Datuk.

Sudah pasti laman sosial keempat-empat public figure ini dipenuhi dengan komen dan ucapan tahniah netizen yang rata-ratanya gembira dengan pencapaian yang diterima mereka. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori