Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Simpanan Shariah KWSP Cecah...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan sebanyak 41.07...

Lelaki, 2 Wanita Sindiket...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki dan dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes...

Kenyataan Marzuki Tentang Pulau...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa berkata kenyataan Timbalan Menteri Luar...

Dua ADUN Dilantik, Seorang...

ARAU - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis...

Sivasangari Harap Tuah Deepavali Di Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR — Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari mengharapkan tuah perayaan Deepavali dalam penampilannya di Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia kali ini.

Bagi Sivasangari walaupun tidak dapat menyambut perayaan Deepavali kali ini dengan saudara mara, beliau tetap menyambut secara sederhana bersama ibu dan bapanya di sini.

Katanya kehadiran ibu bapanya menyaksikan perlawanan pembukaan hari ini memberikan beliau semangat untuk beraksi dengan lebih baik di pusingan seterusnya dalam kejohanan ini.

Sivasangari memulakan perlawanan pusingan pertama hari ini dengan langkah kanan apabila dengan mudah mara ke suku akhir kejohanan dengan menewaskan rakan sepasukannya Ooi Kah Yan 11-4, 11-7, 11-6.

“Seperti tahun lepas saya juga tidak dapat beraya di kampung (Kedah) kerana perlu sertai kejohanan di Pahang. Bagi saya kejohanan Terbuka Malaysia ini sangat penting, saya berharap dapat beraksi dalam pusingan yang lebih di hadapan penyokong tempatan.

Perlawanan hari ini bagus saya harap dapat beraksi lebih baik esok. Sebagai seorang senior saya akan rasa lebih tertekan kerana saya perlu beraksi lebih baik jadi esok bukan perlawanan mudah,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Beliau dijadualkan menentang seorang lagi wakil negara Aifa Azman yang mengalahkan pemain pilihan ketujuh Sachika Ingale dari India 11-7, 11-8, 11-6.

Dalam pada itu pemain utama negara Rachel Arnold turut mara dengan mudah ke pusingan suku akhir selepas menundukkan wakil negara Aika Azman dengan 11-4, 11-6, 11-7.


Menanti beliau di suku akhir adalah Satomi Watanabe dari Jepun yang menewaskan pemain negara Wong Heng Hai, 11-4, 11-7, 11-3 pada perlawanan yang sama.

Rachel berkata selaku pemain pilihan kedua kejohanan beliau tidak mahu berasa tertekan sebaliknya perlu memberikan fokus dalam semua peringkat perlawanan.

“Saya bermain dengan baik hari ini, saya tidak mahu memikirkan tentang tekanan. Setiap kejohanan yang disertai pasti ada tekanan.

“Esok saya akan berjumpa Satomi. Saya pernah kalahkan beliau dalam perlawanan sengit pada tahun lepas, esok saya perlu lebih agresif dalam perlawanan,” katanya di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil. – BERNAMA

Kategori