Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kementerian Kawal MARA Diputuskan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka membuat keputusan mengenai kementerian yang akan bertanggungjawab terhadap...

Lebih 18,000 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Satu kajian mendapati 18,336 rakyat negara ini termasuk seawal usia...

Dari Damansara `Melepaskan Rindu’

JOHOR BAHRU - Tiga gadis 20-an bekerja sebagai tukang urut antara 14 individu...

Pahang Tumpaskan JDT, Pertahan...

KUALA LUMPUR: Impian Johor Darul Takzim (JDT) untuk membawa balik trofi Piala Malaysia...

Skim Pelaburan: Mangsa Tipu Diminta Buat Laporan

KUALA LUMPUR – Polis menggesa orang ramai yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan haram supaya membuat laporan bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap penganjur skim tersebut.

Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Komplot/Kad Kredit/Kad Elektronik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Adlan Ahmad berkata kebanyakan mangsa enggan membuat laporan kerana dijanjikan akan menerima balik wang pelaburan mereka danmenganggap jumlah kerugian kecil serta malu tampil ke hadapan.

“Tidak sampai satu peratus mangsa penipuan tampil membuat laporan polis…kebanyakan mereka (mangsa) enggan membuat laporan dan ini menyukarkan siasatan polis,” katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini, malam tadi.

Ditanya berkenaan modus operandi yang digunakan penganjur skim pelaburan, Adlan berkata kebanyakan skim pelaburan haram akan menawarkan pulangan yang tinggi bagi setiap pelaburan kecil dalam tempoh yang singkat serta menggunakan penglibatan orang berpengaruh.

“Mereka (penganjur skim) juga memperalatkan individu yang berjawatan tinggi, golongan profesional, artis serta ahli politik yang berpengaruh untuk menarik orang ramai menyertai pelaburan yang ditawarkan.


“Misalnya, ada skim yang menggunakan ustaz dan orang politik bagi merasmikan majlis tertentu…ini modus operandi yang biasa digunakan.

“Ada juga antara penganjur yang menggunakan surat palsu tertentu seperti surat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dipalsukan supaya bila mereka tunjuk surat berkenaan pada orang ramai, mereka akan mudah percaya,” katanya.

Jumaat lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sebanyak 27 jenis skim pelaburan dikesan melibatkan 1.7 juta mangsa dengan kerugian bernilai RM4.4 bilion dicatatkan di negara ini sepanjang tempoh Julai 2013 hingga September lalu. – BERNAMA

Kategori