Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Seluar Pendek Di Mahkamah,...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan yang mengaku dirinya bergelar ‘Datuk Seri’ yang...

Kerajaan Pulau Pinang Gagal...

PULAU PINANG - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal punca kejadian banjir lumpur...

Tujuh Pelancong Berbogel Di...

TUJUH pelancong asing yang berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini akan...

Manchester United Berdepan Musim...

JOSE Mourinho mengakui Manchester United berdepan musim sukar melainkan jika mereka memperkukuhkan skuad...

SPRM Siasat Kes Unsur Rasuah, Salah Guna Kuasa

NILAI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap sebarang kes yang dilaporkan kepada mereka yang mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil yang berkata ia adalah merupakan tugas dan tanggungjawab organisasi itu.

“Sebarang laporan yang dilaporkan kepada kita yang ada unsur rasuah dan salah guna kuasa, kita akan jalankan siasatan,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Universiti Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membuat laporan kepada SPRM berikutan disogok untuk menarik balik laporan polis terhadap seorang Datuk Seri yang dikatakan bertindak memukul mereka di sebuah Tokong di Kampung Baru, Ampang, Selangor sebelum ini.

Ahmad Zahid berkata kesemua anggota berkenaan perlu membuat dua laporan berbeza terhadap Datuk Seri berkenaan supaya siasatan rapi dapat dibuat oleh SPRM dan Polis Diraja Malaysia, kerana beliau telah melakukan dua kesalahan berbeza iaitu mencederakan dan menyogok. – BERNAMA

Kategori