Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RM274.8 Juta Diperuntukan Bagi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM274.8 juta diperuntukan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR)...

Keterangan Ragu, Lelaki Dakwa...

IPOH - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya disamun sehingga mengakibatkan kerugian wang syarikat...

“Ini Janggut Rajinikanth Bukan...

"INI bukan janggut Taliban, tuan-tuan. Ini janggut Rajinikanth (pelakon terkenal India),” kata Ahli...

Angkara Cemburu Suami Suka...

Switzerland – Angkara cemburu, seorang wanita berusia 50 tahun, dikenakan hukuman denda £6,000...

SPRM Tingkat Pemantauan Anggota Penguat Kuasa

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah akan meningkatkan pemantauan dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata pemantauan secara berkala itu akan dilakukan berikutan kebarangkalian berlakunya gejala rasuah dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa adalah tinggi apabila pintu sempadan tersebut mula beroperasi 20 jam 1 Nov ini.

“Tidak semestinya apabila pintu sempadan mula beroperasi 20 jam nanti banyak gejala rasuah berlaku tetapi kita perlu lihat kebarangkalian untuk perkara itu berlaku adalah tinggi.

“Oleh itu, kita akan bekerjasama dengan pihak ibu pejabat untuk mempertingkatkan pemantauan di pintu sempadan tersebut sebagai usaha untuk mengelak gejala itu daripada berleluasa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan memantau kes yang melibatkan ketirisan bersubsidi berikutan bimbang akan wujudnya lebih banyak kes tersebut apabila langkah itu mula dilaksana.

Terdahulu, Timbalan Pengarah LKIM Kedah Noorhisyam Arshad mengetuai majlis melafaz ikrar dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 120 pegawai kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah hari ini sebagai usaha membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa.


“Kita harap dengan ikrar yang telah dibaca, mereka akan lebih ikhlas, sensitif dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan,” katanya.

Hingga hari ini, sebanyak 92 jabatan dan agensi telah menandatangani IBR di seluruh Kedah. – BERNAMA

Kategori