Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kes Panjat Pagar: Polis...

BATU PAHAT - Polis merakamkan percakapan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti...

Bayi Digigit, Dicakar Semasa...

KES yang melibatkan penderaan bayi semasa dalam jagaan pengasuh boleh dikatakan sudah sangat...

Bapa Didakwa Cuai Punca...

TAIPING: Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Barisan Kepimpinan PKR Jangan...

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Suami Curang Tembak Isteri Mahu Bercerai Dengannya

TRAGIS… Seorang anggota tentera telah ditangkap selepas dia menembak mati isterinya yang sedang mengandung di pasar selepas wanita itu meminta cerai.

Wanita berkenaan, Sirinporn Chumboonchu, 40, mahu bercerai dengan suaminya, Pichet, 41, pada awal bulan ini setelah mendapati suaminya itu mempunyai perempuan simpanan.

Sirinporn kemudiannya meninggalkan rumah mereka di Kanchanaburi, Thailand, dan kembali ke rumah keluarganya di Udon Thani.

Pichet bagaimanapun mengekori isterinya dan menembak wanita itu sebanyak tiga kali di bahagian belakang di pasar. Dia berbuat demikian kerana Sirinporn enggan kembali kepadanya.

Sirinporn meninggal dunia di hospital. Pichet kemudiannya menembak dirinya di bahagian dada dengan pistolnya sendiri namun polis percaya dia tidak berhasrat membunuh diri sebaliknya pistol itu mengalami masalah.


Tembakan rambang dari pistol itu turut terkena seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dan seorang pembantu kedai. Keadaan pembantu kedai itu dilaporkan kritikal.

Manakala Pichet kini beransur pulih di hospital dan dia diawasi dengan ketat oleh polis. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • kejam

Kategori