Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Russia Berhasrat Ulangi Tragedi...

KYIV : Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa Moscow menggunakan 'keganasan nuklear' dan mahu...

Rumah Dirempuh Kereta, Warga...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki yang sedang tidur di ruang tamu rumahnya, maut apabila...

ANIH Anjur Pertandingan Kewartawanan...

KUANTAN - Syarikat pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad buat julung...

Datuk 17 Cucu Henti...

SINGAPURA - Setiap hari, dianggarkan purata tujuh rakyat Singapura maut akibat penyakit berkaitan...

Surah Al-Mulk, Syarat Nikah Buat Sufian Dan Elfira

SEMALAM merupakan detik bersejarah buat pasangan sama cantik, sama padan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi.

Satu majlis pertunangan yang menyatukan pasangan ini telah diadakan dan berlangsung di kediaman keluarga keluarga artis wanita berkenaan di Alam Damai, Cheras dekat ibu negara.

Majlis secara tertutup itu dimaklumkan telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu termasuk beberapa ahli keluarga terdekat daripada kedua belah pihak.

Baca: Elfira-Sufian Bertunang, Nikah Mac Depan

Walaupun baru mengikat tali pertunangan, ibu kepada Elfira, Filzah Yusoff telah mengenakan syarat buat pasangan ini sebelum dibenarkan untuk bernikah.

Elfira, 23, berkata ibunya meminta mereka berdua untuk menghafal surah Al-Mulk sebagai azimat dan persediaan bagi melayari alam rumah tangga yang bakal dibina pada Mac depan.

“Jika diterjemahkan maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik surah Al-Mulk, terdapat banyak fadhilat berkaitan kehidupan kita sebagai hamba-Nya.


“Atas sebab itulah ibu mengenakan syarat tersebut agar kami berdua diberikan pedoman serta petunjuk dalam meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya

“Jika ayat itu pun menjadi satu kesukaran untuk kami menghafalnya, apatah lagi dugaan alam rumah tangga yang bakal diharungi kelak,” katanya dipetik sebuah portal online.

Hmmm… Ada betul juga apa yang ditetapkan oleh ibu Elfira tu. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik dan semoga segala urusan dipermudah buat El dan Sufian! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori