Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

38 Maut, 12 Cedera...

PANAMA CITY - Seramai 38 terbunuh dan sedozen lagi cedera selepas sebuah bas...

Polis Pengiring Maut Dalam...

PEKAN - Seorang anggota polis pengiring yang dalam perjalanan untuk bertugas maut selepas...

Tiada Di Mahkamah, Nicky...

PETALING JAYA - Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan seorang wanita dipercayai...

Biadap Dengan Imigresen, 3...

JOHOR BAHRU - Gara-gara bersikap kurang ajar dan mengingkari arahan daripada pegawai Imigresen,...

Surat Amaran Ancaman Trump Mengenai Nuklear

SYDNEY – Korea Utara menghantar surat amaran kepada Parlimen Australia menegaskan negara itu memiliki kuasa nuklear dan tidak takut dengan ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Kementerian Luar Australia mengesahkan salinan surat itu yang disiarkan Sydney Morning Herald hari ini.

“Sekiranya Trump berpendapat dia mampu menundukkan Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) sebuah negara kuasa nuklear dengan ancaman perang nuklear ia satu perhitungan yang salah dan jahil.

“Trump mengancam mahu memusnahkan DPRK dan ia adalah tindakan melampau untuk mengancam seluruh dunia,” kata kenyataan surat yang dihantar melalui faksimili.

Jurucakap Kementerian Luar Australia memberitahu Reuters laporan akhbar itu tepat dan surat bertarikh 28 September itu adalah tulen.


Surat bertajuk ‘Surat terbuka kepada Parlimen Beberapa Negara’ dikatakan dihantar dari kedutaan Korea Utara ke kedutaan Australia di Jakarta. – Reuters/BH ONLINE

Kategori