Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRK DUN Mahkota: Pertembungan...

KLUANG - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28...

Mourinho Puas Hati Prestasi...

BURNLEY - Jose Mourinho kini boleh tersenyum kembali selepas Manchester United berjaya menumpaskan...

3,195 Kes Tipu Pelaburan...

KUALA LUMPUR: Polis merekodkan sebanyak 3,195 kes penipuan pelaburan sepanjang tahun lalu membabitkan...

Azmin Dedah 84 Aset...

KUALA LUMPUR - Putrajaya mendedahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir negara dahulu...

Tahniah! Amyra Rosli Selamat Lahirkan Baby Boy

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin yang kini sudah pun bergelar ibu dan bapa!

Amyra telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada kira-kira pukul 12.07 tengah hari tadi.

Pasangan ini juga ada berkongsi khabar gembira ini bersama peminat serta pengikutnya di laman Instagram dengan memuat naik gambar tangan anak mereka itu. Awww, so cute!

“Alhamdulillah.. Aku mohon perlindungan untuk mu wahai anakku yang baru lahir dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan dari kejahatan yang menakutkan.

“Amin.. Terima kasih semua atas doa yang yang tidak henti-henti buat kami,” tulisnya di laman Instagram.

Sementara itu, ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmad menyatakan pelakon itu melahirkan cucunya secara normal di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah Amyra selamat melahirkan cahaya mata pertama secara normal dan keadaannya baik walaupun masih lemah.

“Sepatutnya Amyra bersalin pada 25 Oktober tetapi nampaknya baby tak sabar nak keluar lebih awal.


“Apa-apa pun ibu dan anak berada dalam keadaan sihat,” katanya dipetik mStar Online.

Sudah pasti laman sosial kedua-dua pelakon ini dihujani dengan respon positif daripada peminat dan netizen.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan Amyra dan baby boynya itu dalam keadaan yang sihat.

Sebelum ini pasangan ini telahpun mendedahkan jantina anak sulungnya itu ketika mengadakan majlis baby shower pada 9 September yang lalu.

Kami juga di Mynewshub mendoakan Amyra dan anak sulungnya itu berada dalam keadaan yang sihat dan semoga baby boy itu menjadi anak yang soleh. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori