Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Keluarga 2 Rakyat Malaysia...

KUALA LANGAT - Keluarga dua rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia, akan...

Aidilfitri Luar Jangka, Peningkatan...

KUALA NERUS: Sambutan Aidilfitri luar jangkaan dan peningkatan jumlah kenderaan menjadi punca kebanyakan...

Muzium Kematian Bangkok Pamer...

BAGI penggemar sesuatu yang luar biasa, Muzium Perubatan Siriraj, Bangkok, Thailand mungkin salah...

Pengusaha Kosmetik Bersaing Dalam...

KUALA LUMPUR - Pengusaha kosmetik tempatan perlu merebut peluang untuk bersaing dalam pasaran...

Larang Himpunan ‘Sayang Malaysia, Hapus Kleptokrasi

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarkan perhimpunan ‘Sayang Malaysia, hapuskan kleptokrasi’ yang dirancang diadakan Sabtu ini di Padang Timur, Petaling Jaya selepas mengambil kira faktor keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata selain itu PDRM juga telah menerima empat laporan daripada penduduk setempat yang membantah perhimpunan berkenaan di kawasan itu.

PDRM juga tidak akan memperakukan permohonan atas alasan:

“Pertama isu kesesakan yang menyukarkan masyarakat (kawasan itu).

“Kedua saya dimaklumkan sekitar 20,000 orang akan hadir dan kapasiti tempat itu (Padang Timur) hanya boleh menampung tidak lebih 10,000 orang.

“Bayangkanlah tempat yang sempit itu akan dilimpahi orang ramai dan menyebabkan kesesakan lalu ilntas yang teruk kerana berdekatan dengan lebuh raya,” katanya pada sidang akhbar sempena ‘Breakfast Talk Integrity’ di Pusat Latihan Polis, di sini.

Mohamad Fuzi mencadangkan supaya lokasi perhimpunan itu ditukar ke Stadium Kelana Jaya, terletak 10km dari lokasi asal kerana kawasan itu lebih tersusun dan memudahkan PDRM membuat kawalan.

“Terpulang kepada mereka sekiranya mereka terima cadangan kita atau tidak. Kita ada undang-undang dan Akta Perhimpunan Aman.


“Perhimpunan-perhimpunan yang ada sekarang macam-macam boleh berlaku dan jika ada perkara yang buruk maka kami yang akan dipersalahkan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan terhadap Presiden Aswaja Zamihan Mat Zin berhubung ceramahnya yang mengkritik Sultan Johor di Shah Alam baru-baru ini, Mohamad Fuzi berkata Zamihan akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

“Setakat hari ini, satu laporan polis diterima berhubung ceramah berkenaan manakala tangkapan belum dilakukan dan saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenainya,” katanya.

Media melaporkan sebelum ini bahawa Zamihan mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang membidas tindakan sebuah kedai dobi di Muar tidak menerima pelanggan bukan Islam. – BERNAMA

Kategori