Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

41 Rakyat Palestin Cedera...

Shah Alam : Dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diterbangkan ke...

Banjir: 17 Laluan Ditutup...

KOTA BHARU - Sebanyak 17 laluan di tujuh jajahan di negeri ini ditutup...

Cubaan Kelihatan Seperti Patung...

RODRIGO Alves, 32, telah menjalani 42 pembedahan untuk mengubah dirinya supaya kelihatan seperti...

“Jika Adib Ditarik Keluar,...

SHAH ALAM - Saksi ke-24 inkues prosiding kematian Muhammad Adib Mohd Kassim menolak...

Tak Salah Golongan Muda ‘Anti Establishment’

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tidak salah untuk golongan muda bersikap ‘anti-establishment’ atau antigolongan berkuasa namun perlu sentimen itu berlandaskan kebijaksanaan, sikap positif dan rasa bertanggungjawab.

Katanya sentimen antigolongan berkuasa itu perlu terus wujud kerana ia akan membentuk sikap kritikal dan kritis, seterusnya melahirkan generasi yang peka terhadap negara.

“Tidak salah untuk mempunyai sentimen ‘anti-establishment’ kerana ia sudah ada sejak dahulu lagi dan saya tidak dapat bayangkan kalau semua orang cakap ‘yes’ sahaja.

“Tapi sentimen atau sikap itu perlu diuruskan dengan baik dan golongan muda tidak harus tenggelam dengan sesuatu isu yang dibawa pihak tertentu sebaliknya perlu memahami asas kepada sesuatu isu itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Diskusi UMNO-Online Anda Tanya Kita Jawab, di sini hari ini.

Katanya sentimen antigolongan berkuasa bukanlah suatu sikap yang menolak kerajaan memerintah semata-mata sebaliknya merupakan sikap mahu menyatakan sesuatu demi negara.

Menurutnya dalam konteks negara ini, sentimen tersebut sebenarnya bukan hanya ditujukan kepada kerajaan pemerintah semata-mata tetapi turut kepada pemimpin pembangkang.


Diskusi bertajuk ‘Anak Muda Anti-Establishment?’ itu dianjurkan oleh UMNO Online sebagai platform untuk golongan profesional serta mahasiswa membincangkan hal-hal berkaitan isu semasa serta yang berhubung kepentingan rakyat.

Mengenai diskusi itu, Annuar berkata pihaknya akan mengadakan sesi berkenaan setiap minggu dengan menjemput pelbagai lapisan masyarakat untuk bertanyakan soalan-soalan tertentu yang akan dijawab olehnya atau pemimpin UMNO yang lain.

“Ini bukan ‘show’ tetapi platform untuk rakyat membawa isu-isu tertentu kepada kita dan isu-isu ini akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi termasuk Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana kita mahu menjadi kerajaan yang mendengar,” katanya. – BERNAMA

Kategori