Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sukan SEA 2017: Malaysia...

SINGAPURA - Sukan SEA Ke-28 melabuhkan tirainya petang Selasa dan bendera rasmi kejohanan...

Saifuddin & Nasrudin Ulangi...

KUANTAN - Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah dinamakan...

Paras Air Empangan Kendalian...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyatakan paras air di semua empangannya...

Isu Kerusi: PAN Akui...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Dr. Mujahid Yusof...

Tambahan Dana Mampu Tingkat Budaya Penyelidikan

JELI – Kerajaan Persekutuan perlu memperuntukkan dana tambahan untuk penyelidikan bagi membolehkan universiti-universiti awam di negara ini meningkatkan budaya penyelidikan dan inovasi yang berkualiti di kalangan penyelidik-penyelidik tempatan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata penyelidikan yang berkualiti memerlukan dana tambahan bagi menghasilkan nilai tambahan kepada keputusan penyelidikan, peningkatan produk dan proses inovasi.

“Dana tambahan penyelidikan dilihat selaras dengan pelan pembangunan pendidikan tinggi negara yang mana ia boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2017 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampus Jeli di sini, hari ini.

Nik Ali menjelaskan, dalam era teknologi dan digital, bidang penyelidikan amat penting bagi membantu ekonomi negara bersaing dengan pemain industri penyelidikan lain selain meletakkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dari aspek penyelidikan, inovasi dan kreativiti.

Pada majlis itu, Nik Ali dan Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed turut menyaksikan majlis menantangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UMK dan lima syarikat bagi melakukan kerjasama penyelidikan dalam pelbagai bidang keusahawanan.


UMK diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar manakala wakil bagi lima syarikat tersebut menandatangani MoA berkenaan. – BERNAMA.

Kategori