Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TH Perluas Sistem ‘City...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) melakukan penambahbaikan pada tahun ini dengan memperkenalkan...

Penduduk Kampung Gempar Ratusan...

KUANTAN - Penduduk Kampung Seberang Balok Makmur hari ini, gempar dengan penemuan ratusan...

Putus Cinta Dengan Mr....

SIAPA yang mahu kecundang dalam bercinta. Namun, itulah adatnya; jika ada jodoh maka...

800 Penguat Kuasa Ditangkap...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap 847 pegawai penguat kuasa...

Tampil Dengan Imej ‘Bertatu’, Ini Jawapan Hazama…

BARU-BARU ini penyanyi, Hazama tampil imej unik bertatu di seluruh badan dan rambut ala Bob Marley menerusi muzik video terbaharu, Aku Bukan Dewa.

Ia telah mengundang pelbagai persepsi negatif daripada netizen. Bukan itu sahaja malah, ada juga segelintir pihak yang beranggapan penyanyi itu seolah-olah sudah tiada pegangan agama.

Baca: Tampil Ala ‘Bob Marley’, Hazama Lupa Soal Hukum?

Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali sebagai Hazama berkata, dia mempunyai sebab tersendiri tampil dengan imej sedemikian dalam muzik video berkenaan.

Menurut anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini, dia memang sengaja tampil dengan imej begitu kerana melalui cara tersebut Hazama mampu menarik perhatian masyarakat untuk menonton mesej tersirat yang cuba disampaikan.

Jadi Gelandangan, Hazama Cerita Dikejar Orang Ramai

“Tatu itu sebenarnya simbolik sebagai dosa dan menunjukkan tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan.

“Jika saya tampil dengan sebuah muzik video tanpa sebarang jalan cerita mungkin kisah disebalik lagu itu tidak akan sampai.

“Memang saya sengaja cetuskan isu seperti ini kerana tahu ia akan jadi perbincangan di laman sosial dan dari situ netizen dapat jawapan terbaik mengenai kisah keseluruhan saya tampil dengan imej itu,” katanya dipetik mStar Online.

Jelas Hazama lagi, mesej tersirat dalam muzik video tersebut bukan sahaja mengisahkan tentang kehidupan semata-mata.

Sebaliknya, ia turut memberi gambaran kepada umum mengenai perubahan dan kematangan karier muzik pelantun lagu Di Amaran Mama ini.


“Saya sudah 10 tahun dalam industri muzik dan sepanjang tempoh itu saya juga mengalami perubahan dalam diri secara peribadi dan karier.

“Ia juga simbolik yang saya sudah berubah dan bergerak kehadapan tanpa lagi mengenang masa lalu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hazama kini sedang sibuk dan bertungkus lumus menyiapkan album terbarunya yang dikatakan sudah dua tahun tertangguh.

Tambahnya lagi, album berkenaan bakal memperlihatkan kematangan hazama sebagai seorang penggiat seni termasuk daripada segi gerne lagu.

“Dulu saya banyak buat lagu berkisarkan percintaan dan sekarang fokus saya lebih kepada lagu kemanusian dan bersifat,” katanya.

Aku Bukan Dewa merupakan single kedua Hazama untuk tahun ini selepas lagu, Aku Yang Sebenar.

Lagu bergenre progresif pop rock ini mendapat sentuhan daripada Hazama sendiri bersama Taja selaku komposer dan Ad Samad pula bertindak sebagai penulis lirik. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori