Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tular Dek Tandatangan Agak...

UNIK... Seorang lelaki warga Peru baru-baru ini telah tular menerusi media sosial di...

PM Thailand Tinggalkan Sidang...

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha bertindak meninggalkan sidang media baru-baru ini susulan...

Bayi Perempuan 6 Bulan...

LUMUT - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dirawat lebih...

Tragedi Bosnia Kini Berulang...

DALAM sejarah moden selepas Perang Dunia Kedua 1941-1945, kali pertama perkataan Penghapusan Etnik...

Tan-Lai Mara Ke Suku Akhir Terbuka Perancis

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara Tan Kian Meng/Lai Pei Jing meneruskan kejayaan dengan mara ke suku akhir dalam Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Perancis di Paris, Perancis pada Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia).

Pasangan pilihan kelapan itu bagaimanapun menerima tentangan hebat daripada pasangan tuan rumah Ronan Labar/Audrey Fontaine sebelum mengumpul mata 12-21, 21-11 dan 21-11 dalam pusingan ketiga di Stade Pierre de Coubertin, menurut laman Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki baharu Tan Wee Kiong/Ong Yew Sin mempamerkan persembahan baik menentang pilihan kedua, Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark sebelum tewas 16-21, 21-19, 19-21.

Tumpuan Malaysia dalam tiga acara lain – perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu – menjadi hambar selepas pemain ditewaskan dalam pusingan awal kejohanan bernilai US$325,000 (RM1.378 juta) itu. – BERNAMA

Kategori