LEBIH 15 pekerja dipercayai tertimbus dalam tanah runtuh di kawasan pembinaan bangunan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown, pada 8.50 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan dan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.57 pagi.
Beliau berkata, 30 orang termasuk penyelia dan ketua balai bersama beberapa jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
“Kami mendapat tahu antara 15 hingga 20 mangsa mungkin tertimbus. Dua orang berjaya diselamatkan.
“Kecerunan tanah dianggarkan 10 meter dan kita sudah memulakan kerja mencari dan menyelamat,” katanya.
Pelbagai agensi lain turut terbabit dalam kejadian berkenaan. – Harian Metro