Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Ikut Contoh Terbaik Idola...

KUALA LUMPUR - "Ikut contoh terbaik idola anda."Itu nasihat Manusia Terpantas Dunia, Usain...

Ibu Dukung Bayi Redah...

KEMAMAN - Meredah air paras pinggang sejauh 200 meter ke pusat pemindahan sambil...

Makanan Dibakar Panggang Sedap...

PUTRAJAYA — Siapa tidak suka makanan dibakar atau dipanggang? Pelbagai barbeku tentu sangat mengiurkan...

Trend Selfie Punca Ramai...

LONDON - Jika dahulu, pesakit gigi hanya jumpa doktor gigi jika giginya rosak...

Tanah Runtuh: PAP Gesa Tubuh J/kuasa Teknikal

GEORGE TOWN – Parti Alternatif Rakyat (PAP) hari ini menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai di sini hari ini, yang melibatkan 14 mangsa.

Sambil menyifatkan kejadian itu ‘malapetaka pembangunan’ dari sudut sejarah pembangunan di negeri ini, Naib Presiden PAP Rahmad Isahak berkata rakyat perlu mendapat fakta sebenar berhubung punca tragedi itu sama ada ekoran kelalaian manusia akibat kelulusan pelan pembangunan atau kurangnya pengawasan tapak oleh pihak pemaju sendiri.

“Sekarang bukan masa untuk menuding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya satu siasatan perlu dijalankan secara drastik dari sudut teknikal pembangunan projek sama ada tapak berkenaan pada asalnya berada dalam zon pembangunan serta kelulusan pelan kejuruteraan mengikut spesifikasi garis panduan sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rahmad berkata kejadian tanah runtuh itu boleh dikatakan akibat kerakusan pembangunan tanpa kawalan sehingga menyebabkan kehilangan dan perlu dijadikan iktibar agar tidak mudah memberi sebarang kelulusan kepada pemaju terutama projek-projek berhampiran lereng bukit.

Dalam kejadian yang dilaporkan pada 8.57 pagi ini, 14 pekerja binaan tertimbus dengan seorang daripadanya berjaya diselamatkan manakala tiga ditemui mati dan yang lain masih tertimbus. – BERNAMA

Kategori