Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Suri Rumah Ditemui Mati...

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah ditemui mati dengan kesan lebam di muka...

RM800 Juta Tak Cukup...

Peruntukkan bantuan sebanyak RM800 juta yang dibelanjakan kerajaan buat mangsa-mangsa banjir melalui Majlis...

Mangsa Banjir Kampung Sungai...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat dari Kampung Sungai Tepus di Bandar...

32 Maut, 38 Cedera...

LHASA - Seramai 32 orang disahkan maut manakala 38 lagi cedera selepas gempa...

Tanpa Tauliah, Ahli Perniagaan Didenda RM400

AHLI perniagaan, Amin Alli, 56, dikenakan hukuman denda RM400 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas kesalahan mempamerkan lambang Istana Negeri Selangor pada keretanya tanpa tauliah.

Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid.

Jika gagal bayar, mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara empat hari.

Amin didakwa menggunakan lambang itu pada Porsche Cayenna S bernombor pendaftaran LF955 miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kenderaan Hotel Concorde pada 28 September lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 8(1)(a) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Terhadap Pameran) 1949 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM500, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Amin dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman ringan atas alasan dia tidak mengetahui perbuatan yang dilakukannya itu salah.

Noorelynna bagaimanapun memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal. – Harian Metro

Kategori