GUNUNG Kinabalu di Sabah pun masih ramai yang belum jejak, tapi Nabila Huda sudah pun berjaya tawan Gunung Annapurna, Nepal!
Bagi anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu, ekspedisinya ke Kem Pangkalan Annapurna (ABC) bagaikan mendera emosinya sendiri sejak awal September lalu.
“Menawan ABC menjadi pengalaman yang baru dan berbeza buat saya. Saya sendiri keliru mengapa saya menjadikan aktiviti pendakian tersebut sebagai salah satu ‘wishlist’.
“Sebelum ini, saya tidak pernah melakukan sebarang aktiviti sedemikian. Sebelum bertolak ke sana pun saya tak sempat nak berlatih kerana sibuk penggambaran drama bersiri Dendam Aurora,“ katanya dipetik Astro Gempak.
Tambah Nabila yang mesra disapa sebagai Abil, proses pendakian yang dilaluinya itu membuatkan dia rasa seperti gangguan emosi dan tekanan terhadap dirinya.
Dalam masa empat hari, Abil telah berjaya sampai di puncak walaupun dirinya bukan seorang yang gemar mendaki gunung atau pun bersenam.
“Saya hampir berputus asa kerana perjalanan mendaki sangat memenatkan,” katanya lagi.
Namun selepas misinya itu berjaya, Abil berasa sangat bangga dengan dirinya kerana mampu capai ke tahap yang tinggi macam tu.
Wishlist Abil untuk solo travel sudah tercapai! Bukan mudah tau nak tawan Gunung Annapurna yang merupakan gunung kedua popular di Himalaya Utara-Tengah Nepal selepas Gunung Everest.
Jarak yang ditempuh lebih kurang antara 6o hingga 80 kilometer, bergantung kepada jalur laluan yang dipilih oleh pendaki sendiri. Ko mampu?
Barang kelengkapan hiking Abil ke sana juga ditaja oleh Sports Direct Malaysia, Uniqlo Malaysia serta krew produksi daripada Libero Productions Sdn. Bhd. turut ke sana bagi merakamkan detik kejayaan Abil.
Siapa kata artis Malaysia ni asyik timbulkan kontroversi je? Abil dah buktikan yang menjadi selebriti bukan hanya mampu beraksi di hadapan lensa kamera, tapi mampu untuk tawan Gunung Annapurna!
Lepas ni siapa pula selebriti tempatan yang bakal mengikut jejak Abil? Hati kena kental kalau nak hiking tempat extreme ni. Perempuan pun mampu buat aktiviti lasak okay. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah