Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gagal Acara Pecut, Tumpuan...

KUALA LUMPUR - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang menyifatkan kegagalan mendapat tiket acara...

Ibu Belanja RM7K Buat...

LESUNG pipi atau lesung pipit merupakan salah satu daya tarikan pada wajah seseorang....

17,965 Peserta Tabligh Disaring,...

PUTRAJAYA - Lebih 5,000 peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala...

Najib Digugur Daripada Senarai...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan dipanggil memberi keterangan...

“Tengok Sampai Habis, Baru Kritik” – Neelofa

DIKRITIK dan dihentam akibat lakonannya yang dianggap ‘kurang memuaskan’ sudah menjadi cabaran yang biasa dihadapi oleh Neelofa sepanjang bergelar pelakon.

Setelah beberapa buah drama lakonannya mendapat sambutan hangat, namun masih ada yang menyifatkan mutu lakonan pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini sebagai ‘keras’.

Terbaru sekali, para penonton mengkritik alakonannya dalam drama bersiri Red Velvet kerana kelihatan agak kaku!

Bagi pengacara berusia 28 tahun itu, dia sangat berharap agar peminat dapat terus bersabar dan menantikan episod yang seterusnya bagi melihat perkembangan watak yang dilakonkannya, iaitu Helena.

“Drama ini baru sahaja ditayangkan Isnin lalu. Sudah tentu watak itu sendiri ada perkembangan dan tidak sama sahaja.

“Kepada mereka yang mengkritik, tonton dahulu drama berkenaan secara menyeluruh dan cuba fahami jalan cerita,” katanya dipetik daripada portal Media Hiburan.

Biasalah tu netizen, baru tengok dua atau tiga episod, terus nak kecam. Takkan lah awal-awal terus dah gempak?

Ada segelintir yang mengatakan Lofa kelihatan agak kaku bila digandingkan dengan Alif Satar dan mereka kelihatan tidak serasi bersama. Suami orang tu kan… Nak serasi macam mana pulak tu?


Bagi gadis jelita kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu, dia langusng tidak ambil pusing mengenai kritikan yang dilemparkan keatasnya.

“Saya tidak terkesan dengan kritikan negatif. Mungkin yang memberikan kritikan iutu tidak memahami jalan cerita drama Red Velvet,” katanya lagi.

Antara bintang lain yang turut digandingkan di dalam drama adaptasi novel arahan Hadith Omar itu ialah Amira Othman, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi dan ramai lagi.

Kalau nak tahu sama ada lakonan Lofa ni kaku ke tak, jangan lupa saksikan drama yang ‘tiada cinta lokasi’ ini setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Tak semestinya tak ada cinta lokasi, sesuatu drama tu tak boleh berjaya kan? Semuanya terletak pada hasil usaha para pelakon dan krew produksi sendiri. Kalau jalan cerita pun memang seronok, mesti penonton akan lagi suka kan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori