Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

MP Tegur Ketua Polis...

Ketua polis negara (IGP) tidak patut mengulas, apatah lagi membuat kesimpulan awal berkaitan...

Pelancong China Sakan Tayang...

SIAPA yang tidak suka jika melancong dengan duit berkepuk-kepuk di tangan? Sudah tentu pelbagai...

Belum Ada Keputusan Isu...

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO belum memutuskan sebarang perkara khusus...

Pelajar Dijangkiti ILI Meningkat...

IPOH - Sebanyak 71 orang pelajar dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI), menjadikan...

Tentera Iraq, Kurdis Di Ambang Peperangan

BAGHDAD – Ribuan tentera Iraq terperangkap dalam ketegangan memuncak dengan pemisah Kurdis di Wilayah Kirkuk ketika Washington berusaha mengelakkan peperangan antara sekutunya dalam kempen memerangi militan Daesh.

Puak Kurdis berkata, pihaknya semakin menghampiri tarikh akhir jam 2 pagi ini waktu tempatan yang ditetapkan Baghdad untuk pemisah menyerahkan kedudukan yang dirampas ketika serangan dilancarkan terhadap Daesh sejak tiga tahun lalu.

Kereta perisai membawa bendera Iraq diletakkan di tebing sungai di selatan Kirkuk, lapor jurugambar AFP.

Di tebing sebelah sana, pejuang Kurdis kelihatan di belakang tambak timur yang ditimbuni bata konkrit dan bendera Kurdis berwarna merah, putih, hijau dan kuning.

“Tentera kami tidak bergerak dan kini menanti arahan ketua,” kata pegawai tentera Iraq yang enggan dikenali.


Sejurus sebelum tengah malam waktu tempatan, tentera Iraq menggunakan pembesar suara untuk mendesak pejuang Kurdis supaya berundur.

“Tarikh akhir ditetapkan bagi pemisah Kurdis untuk kembali ke kedudukan mereka sebelum 6 Jun 2014 akan berakhir pada waktu malam,” kata pegawai kanan Kurdish yang enggan dikenali. – AFP

Kategori