Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Peniaga Pasar Tani Akur...

KUALA TERENGGANU : Peniaga pasar tani akur dengan ketetapan harga ayam segar, walaupun...

Wartawan Kongsi Pengalaman Kunjungi...

KUALA LUMPUR - "Rumah itu sangat terpencil, jauh dari Kota Jakarta. Hendak sampai...

1MDB Terima Cadangan Untuk...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah menerima beberapa cadangan untuk membeli...

i-Citra KWSP Guna Dana...

KUALA LUMPUR - Pengeluaran i-Citra daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggunakan...

“Tergamak Roboh Rumah Bekas Pegawai Masjid”

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin hari ini menerima kecaman ramai termasuklah dalam kalangan pemimpin ekoran tidak meletakkan kepentingan rakyat negeri itu sebagai keutamaan.

Kecaman itu tercetus berikutan tindakan Azmin yang tidak menggunakan kuasanya untuk menangguhkan kerja-kerja Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) meroboh kuarters kediaman dan kedai bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang (LTAS), semalam.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, tindakan Timbalan Presiden PKR itu disifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

“Itu saya cakap Azmin ni menteri cap ayam. Takkanlah dia tak boleh guna kuasa dia arah PBT untuk menghentikan kerja meroboh itu.

“Ini nampak sangat PBT lebih berkuasa daripada Menteri Besar. Dia boleh sahaja buat satu panggilan untuk mengarahkan kerja meroboh itu berhenti.

“Sepatutnya kalau kerajaan negeri cakap mereka tu peduli rakyat, sediakanlah rumah lain terlebih dahulu, beri masa mereka berpindah, ini tidak.

“Sanggup robohkan juga. Di mana perikemanusiaan dia,” katanya dipetik laporan portal BNBBC.

Noh menambah tindakan Azmin menempatkan dua buah keluarga yang terlibat dalam perobohan itu ke Pusat Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara itu juga salah.

Menurut beliau, Azmin sepatutnya menyelesaikan isu penempatan mereka terlebih dahulu sebelum melakukan kerja perobohan.

Sementara itu, aktivis propembangkang, Kha­lid Mohd Ismath menerusi kenyataan di laman Facebook meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Azmin serta kerajaan negeri pentadbirannya itu.

Beliau bersama beberapa ahli NGO yang hadir, membantah dengan melakukan benteng manusia di hadapan kuarters berkenaan.


Walaubagaimanapun tindakan protes itu dileraikan oleh anggota pengguatkuasa bagi memberi laluan kerja-kerja perobohan.

“Jika anda dapat merasa betapa kerasnya kayu cota. Ini hanya berlaku di zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.


“Namun hari ini, di depan kami, pegawai kerajaan nege­ri, pejabat tanah dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ia menunjukkan bukti kerajaan Mohamed Azmin arah terus roboh walau proses mahkamah masih berjalan. Ramai yang dipukul cota di kepala, berdarah dan luka.

“Saya juga disebat di kepala depan pintu rumah penduduk selepas benteng manusia kami terputus,” kata Khalid.

Semalam, dua buah rumah tersebut telah dirobohkan oleh pihak MAHB setelah menerima kebenaran MBSA serta Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.

Sebelum itu pada Mac lalu, dua bekas ahli jawatankuasa masjid itu pernah menghantar memorandum kepada Azmin untuk menggesa beliau tidak membenarkan MAHB selaku syarikat swasta menggunakan pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Petaling bagi tujuan perobohan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori