Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Firma India Sasar Peluang...

KUALA LUMPUR - Syarikat-syarikat India berminat untuk meninjau peluang perniagaan selanjutnya di Malaysia,...

Peratusan Keluar Mengundi Dijangka...

TUMPAT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya...

Polis Selangor Tahan 12...

SHAH ALAM - Polis menahan 12 lagi pelajar, yang dipercayai terbabit dalam kegiatan...

Polis Tumpas 3 Geng...

SEPANG - Polis Sepang menumpaskan tiga geng samun dan curi kenderaan serta menahan...

Thailand Haramkan Dron Tak Berdaftar

BANGKOK – Suruhanjaya Telekomunikasi dan Penyiaran Nasional (NBTC) telah mengeluarkan arahan bahawa semua dron perlu didaftar atau pemiliknya terpaksa berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda 100,000 baht, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Ketua Setiausaha NBTC, Takorn Tantasith berkata pemilik dron perlu mendaftarkan gajet mereka dalam tempoh 90 hari selepas arahan itu dikeluarkan pada Rabu.

Aktiviti penerbangan dron semakin popular di negara tersebut namun setakat ini, hanya sejumlah 350 gajet itu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT).

Pemilik dron boleh mendaftar gajet mereka di ibu pejabat CAAT dan NBTC serta pejabat wilayah masing-masing selain balai polis yang berhampiran di seluruh negara.

Untuk mendaftarkan dron, pemilik perlu membawa salinan kad pengenalan mereka, gambar gajet terbabit dan memberikan butiran nombor sirinya.


Pengedar dron di seluruh negara juga dikehendaki mengisi borang NBTC berkaitan senarai dron yang ada di kedai dan belum lagi terjual. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dron

Kategori