Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Ingin Popular Di YouTube,...

CHICAGO - Hakim di Minnesota menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas wanita...

Polis Turunkan Lebih 1,000...

LUMUT - Polis menurunkan dan merampas 1,246 gegantung pemberi pinjaman wang tanpa lesen...

MPKK Tolak Streram Di...

MENTERI Besar, Aminuddin Harun berkata 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung...

Ibu Tunggal Bersama 2...

KANGAR - Seorang ibu tunggal bersama dua anak lelakinya antara individu yang ditahan...

Tiada Anak, Mark Adam Mungkin Ambil Anak Angkat

MENYAMBUT ulang tahun perkahwinan yang ke-14 pada tahun ini, penyanyi Mark Adam dan pasangannya, Nor Azad Redzuan belum lagi dikurniai rezeki untuk menimang cahaya mata.

Namun, Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam tidak sedih dan rimas walaupun seringkali diasak pertanyaan mengenai zuriat kerana beranggapan soalan tersebut menunjukkan peminat masih mengikuti perkembangannya.

“Saya tak sedih atau rimas bila tiap kali nak kena jawab soalan yang sama tentang zuriat.

“Bagi saya, soalan itu bukanlah sensitif pun sebab memang peminat nak tahu perjalanan hidup saya macam mana.

“Tapi jawapan saya untuk pertanyaan itu tetap sama, kami masih berusaha dan tak pernah berputus asa,” kata Mark dipetik mStar Online.

Walaupun tidak mempunyai zuriat sendiri, penyanyi berusia 38 tahun ini tidak menolak kemungkinan untuk mengambil anak angkat seperti sebelumnya.

Tetapi kini, dia lebih memberi keutamaan kepada isterinya, keluarganya dan kerjaya seni termasuk pusat latihan vokal yang mula beroperasi Januari lalu.

“Kami tidak ada perancangan untuk ambil anak angkat buat masa ini. Mungkin kalau tak ada halangan atau masalah, Insya-Allah akan difikirkan kemudian.

“Biarlah sekarang saya fokus kepada isteri, keluarga saya di Filipina, kerjaya dan pusat latihan vokal Akademik Suara,” ujarnya.


Dalam pada itu, Mark terkejut dan dalam masa yang sama turut gembira dengan kejutan majlis sambutan hari lahirnya yang dibuat oleh kelab peminatnya di De’Laman Event Space, Shah Alam semalam.

“Saya sangat gembira dan tak sangka peminat adakan majlis kejutan hari lahir saya.

“Sebelum ini saya tak pernah diraikan dengan majlis yang meriah macam ini. Selalu hanya sambut dengan isteri atau rakan-rakan terdekat,” tambahnya.

Kejutan tersebut turut diraikan lebih 50 kenalannya termasuk teman rapatnya, pasangan Shuib dan Siti Sarah dan anak-anak mereka yang memang manja dengannya.

Diharapkan Mark dan pasangannya, Nor Azad sentiasa sabar dalam menempuh kehidupan berumah tangga yang memang banyak dugaannya. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori