Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penulis Novel Saman Ziela...

PENERBIT drama, Datuk Ziela Jalil yang berjaya 'menawan' hati penonton menerusi drama bersiri...

SPR Lapor Polis Isu...

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran kertas undi...

Daim Pun ‘Tak Tahu’...

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin hari ini turut berkata beliau...

Empat Lelaki Ditahan Bantu...

PETALING JAYA : Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kejadian merusuh di...

Tian Chua Dibebas 27 Oktober Selepas Dipenjara Sebulan

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Batu Tian Chua akan dibebaskan pada 27 Oktober ini selepas selesai menjalani hukuman penjara selama sebulan di Penjara Kajang.

Peguamnya, N. Surendran berkata Tian Chua juga akan menghadiri sesi persidangan Parlimen yang dijadualkan bermula pada minggu depan.

“Beliau akan dibebaskan pada 27 Oktober dan sudah tentu akan menghadiri persidangan Parlimen,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014 kerana enggan mematuhi arahan polis agar meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak pada 2.30 petang, 29 April 2012, sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000.


Media sebelum ini melaporkan Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR menarik balik rayuan terakhirnya berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya. – BERNAMA

Kategori