SEREMBAN – Tindakan seorang remaja perempuan yang dirakam selamba buang air besar di sebuah kedai dobi 24 jam di Lobak, Negeri Sembilan, di sini menjadi tular di laman sosial.
Kejadian pelik itu dipercayai berlaku pada tengah hari Selasa ketika kebetulan tiada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan cucian pakaian secara layan diri tersebut.
Pengguna Facebook yang menggunakan nama “Dato Azone Mojita” mendakwa kejadian di kedai dobinya itu merupakan kali ketiga, selepas dua kali pada bulan September lalu.
“Dah tiga kali dia berak di tempat yang sama, di kedai dobi layan diri yang disediakan untuk kemudahan orang ramai,” katanya dipetik kenyataan di laman Facebook.
Berdasarkan gambar rakaman CCTV, remaja terbabit yang masih berpakaian sekolah dilihat membuang air besar di sudut depan premis tersebut sambil diperhatikan seorang wanita yang dipercayai ibu pelajar terbabit.
Selesai anaknya ‘membuang’, ibu pelajar itu pula dikatakan bertindak mencuri bakul sampah dan beberapa peralatan yang disediakan untuk pelanggan kedai dobi terbabit.
“Mak dia pun sama juga perangai. Bakul sampah dan bakul-bakul kedai untuk kemudahan juga dicuri,” katanya dengan nada amat kesal.
Menurut Azone, dia tidak dapat memastikan apa motif sebenar dua beranak itu sama ada sengaja mahu sabotaj atau memang sedang mempraktikan ‘ilmu hitam’ di kedainya.
Laporan polis berhubung kejadian telah dilakukan dan Azone turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai identiti dua beranak terbabit agar tampil menghubunginya.
“Siapa kenal pelajar ni boleh hubungi saya, nak tahu pelajar ni sekolah di mana supaya kami dapat jumpa pengetua untuk tindakan lanjut, katanya di laman sosial,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC
*Video aksi wanita di bawah hanya sekadar hiasan…