Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Bayi Alami Pendarahan Dalam...

ALOR SETAR - Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mengalami pendarahan pada otak...

Jordan Henderson Tiada Tekanan...

KAPTEN baharu pasukan Liverpool, Jordan Henderson menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang tekanan untuk...

Ingatan Kepada Pengguna Media...

MELAKA - Polis Melaka mengingatkan pengguna media sosial di negeri itu agar tidak...

GLC Milik Sabah Perlu...

TAWAU - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan Sabah dan anak syarikatnya perlu terus...

Tipu Projek Banglo RM6 Juta: Boy Iman Ditahan Polis?

KUALA LUMPUR – Kes projek banglo mini kini semakin panas apabila aktor kacak era 1990-an, Boy Iman atau Datuk Noruliman A. Rahman berjaya ditahan pihak polis semalam.

Beliau yang juga Pengarah Urusan DBI Properties dengan dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources ditangkap berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dekat sini serta sebuah kondominium di Setapak.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 tahun hingga 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penipuan projek pembinaan rumah banglo mini yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya baru menerima sejumlah 188 laporan polis terhadap kedua-dua syarikat berkenaan.

Suspek menawarkan rumah kepada mangsa dengan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi, tetapi setelah bayaran dilunaskan pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.

Baca: Skim Projek Perumahan Boy Iman Tidak Ada Lesen

Lagi: Yusuf PPIM Mohon Maaf Isu Marah Kes Projek Banglo

Juga: Takkan Senyap Jika DBI Menipu – Nassier Wahab

“Dalam tangkapan pertama, JSJK sita sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, tiga unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah Samaritan Mission International University dan dokumen syarikat DBI Properties.

“Manakala, dalam tangkapan kedua, kita berjaya merampas dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen daripada syarikat
 Juta Kelulut Global Resources,” kata Acryl Sani dalam satu kenyataan media di sini.


Tambahnya, kesemua suspek direman selama dua hari bermula hari ini untuk proses siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu penipuan melibatkan sejumlah wang tunai yang boleh dihukum penjara, denda dan sebatan.

Ceritanya bermula apabila ratusan pembeli rumah yang dimajukan DBI Technology menyerbu pejabat syarikat itu di ibu negara kerana didakwa menipu dengan tawaran harga terlalu murah setelah mengambil deposit pelanggan.

Skandal itu turut menyaksikan Boy Iman ‘diheret’ ke sesi soal jawab bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang bertindak sebagai orang tengah dalam kes tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori