Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sperma Lemah, Kesuburan Singapura...

SINGAPURA kini berdepan dengan masalah kualiti sperma lelaki yang tidak kuat selain kurang...

Anggota UMNO Jangan Jadi...

KOTA KINABALU - Anggota UMNO di dinasihatkan agar tidak mengamalkan sifat ‘talam dua...

MBI Diminta Wujudkan Pasar...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta menimbang mewujudkan sebuah pasar pagi di...

Digantung Kerja, Ammar Mahu...

PENGACARA program Sukan Tak Sentral, Ammar Abu Hassan yang digantung kerja sejak tiga...

Trump Lawat Mangsa Serangan Berdarah Las Vegas

LAS VEGAS – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di Las Vegas pada Rabu, tiga hari selepas bandar raya itu dikejutkan dengan kejadian tembakan yang disifatkan paling dahsyat dalam sejarah moden AS.

Serangan berdarah pada Ahad lepas itu, mengorbankan 59 nyawa serta mencederakan lebih 500 yang lain, lapor agensi berita China Xinhua.

Trump ditemani isteri Melania mengunjungi Pusat Perubatan Universiti Nevada untuk melawat mangsa yang cedera dan petugas profesional. Seramai 50 mangsa dirawat di pusat perubatan berkenaan.

Selain itu, Trump turut bertemu dengan anggota polis dan sukarelawan yang terlibat dalam operasi menyelamat.

Lebih 22,000 pengunjung sebuah festival muzik di luar Hotel Mandalay Bay dikejutkan dengan tembakan yang dilepaskan dari tingkat 32 hotel berkenaan.

Pelaku dikenali Stephen Paddock, 64, dikatakan seorang yang gemar berjudi dan terbabit dalam pelaburan harta tanah, namun suspek kemudian ditembak mati anggota keselamatan.


Trump berkata “secara peribadi, ia hari amat menyedihkan bagi saya.”

Menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan insiden tembakan di Las Vegas pada Ahad lepas, adalah kejadian ke 273 di AS setakat tahun ini.

Sebelum ini, ketika diajukan soalan mengenai sama ada sudah tiba masa untuk membahaskan mengenai langkah kawalan senjata api, Trump berkata “Mungkin masa itu akan tiba juga namun bukan sekarang.” – BERNAMA

Kategori