Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hanya Kerana Nak Basikal,...

JAKARTA - Hadiahnya hanyalah 10 buah basikal namun sambutan amat luar biasa apabila...

Kemaafan Akhlak Muslim Berhemah...

ALIFF Syukri! Anda telah melakukan kesilapan tetapi anda juga telah melakukan permohonan maaf yang...

Bomba Selamat Wanita Cuba...

BACHOK - Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUANTAN - Sebanyak 5,107 akaun pengguna di Raub bakal berhadapan dengan gangguan bekalan...

Penganjur Serah Duit Kemenangan LTDL 2017

SHAH ALAM – Selepas enam bulan, penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 akhirnya membayar hadiah wang tunai kepada dua pasukan – Terengganu Cycling Team (TSG) dan pasukan Malaysia – hari ini.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abdul Wahab, bagaimanapun berkata bayaran untuk pasukan lain belum dijelaskan oleh penganjur, Ciclista Sports Sdn Bhd.

Mengikut peraturan antarabangsa, beliau berkata penganjur perlu menyelesaikan bayaran hadiah wang kemenangan dalam tempoh 90 hari atau tiga bulan dari tarikh tamat kejohanan berkenaan.

“Susulan kenyataan media Mohd Hariff Salleh semalam, baru mereka (penganjur) memberitahu kami bahawa mereka sudah masukkan bayaran kepada TSG dan pasukan Malaysia pada hari ini. Bakinya saya tidak tahu bila mereka akan bayar.

“Saya difahamkan, setakat ini Ciclista yang dilantik Kementerian Belia dan Sukan untuk anjurkan LTdL 2017 hanya menerima RM500,000 dan masih ada lagi jaminan bank RM500,000. PKBM sendiri masih menunggu bayaran RM35,000 daripada Ciclista,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan pasukan Jelajah Malaysia (JM) 2017 di sini, hari ini.

Mohd Hariff dari pasukan TSG semalam, memberitahu media bahawa beliau dan anggota pasukannya masih menanti hadiah wang tunai LTdL 2017, yang berlangsung dari 22 Feb hingga 1 Mac lalu.

Mengenai isu pembayaran hadiah wang tunai untuk JM 2016 yang juga masih belum diselesaikan, Abu Samah berkata pihaknya tidak dapat membayar duit kemenangan itu kerana penganjur, Peloton Resources Sdn Bhd masih belum memberi maklumat mengenai senarai pemenang serta nilai wang dimenangi daripada perlumbaan tersebut.


“PKBM hanya menerima wang hadiah RM178,450 daripada penganjur JM 2016 pada Ogos lalu, tetapi sehingga kini masih belum menerima senarai nama pasukan, akaun bank dan terutamanya bagi pasukan luar negara perlu ada Swift Code untuk pemindahan wang.

“Dah dua kali kami minta, masih belum dapat lagi. Kami hanya boleh membayar duit itu selepas mendapat butiran-butiran tersebut, duit sudah ada, tunggu untuk bayar sahaja,” katanya sambil menasihatkan penganjur baharu JM 2017, Life Pro Fit Sdn Bhd supaya menyelesaikan wang kemenangan secepat mungkin, iaitu selepas kejohanan itu tamat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JM2017, Noraidiazhar Sulaiman berjanji perkara sedemikian tidak akan berulang pada edisi kali ini dan pihaknya akan menyelesaikan bukan sahaja wang kemenangan pelumba, malah bayaran kepada pegawai dan kontraktor yang terlibat secepat mungkin.

Peringkat pertama jelajah sejauh 682.80km keseluruhan itu akan bermula esok dari Shah Alam ke Hutan Melintang, Perak merangkumi jarak 161.9km.

Ia diikuti peringkat kedua dari Lumut ke Kuala Kurau (145.30km), Kuala Kangsar-Kulim (141.50km), Kulim-Gunung Jerai (101.3km) dan peringkat akhir di Alor Setar (132.8km) pada Sabtu. – BERNAMA

Kategori