Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kereta Klasik Hampir 1...

LANGKAWI - Sebuah kereta Rolls Royce Phantom 1 keluaran tahun 1926 adalah antara...

Ayrill Hilang Selepas Seronok...

KUALA LUMPUR - Akibat bimbang dimarahi, Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril mengambil keputusan...

BN Akan Fail Rayuan...

BERSEDIA... Barisan Nasional (BN) akan buat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...

27 Kes Berkaitan 1MDB...

PUTRAJAYA - Terdapat 27 kes berkaitan 1MDB masih tertangguh di Mahkamah Tinggi dan...

Tuduh BN Bawa Pengundi Hantu Ke Perak Satu Politik Jahat

BERUAS – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan tuduhan pihak pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) membawa pengundi hantu ke negeri itu sebagai politik jahat dan terdesak.

Menteri Besar Perak berkata pihak pembangkang perlu bertanggungjawab terhadap tuduhan tersebut dengan menghantar nama-nama pengundi yang dikatakan pengundi hantu kepada pihak polis.

“Mereka mesti bertanggungjawab apa yang mereka sebutkan dan tayangkan iaitu kotak-kotak (mengandungi nama pengundi hantu) itu dan bawa kepada polis. Jika tidak, mereka tidak bertanggungjawab.

“Kita nak tahu, itu hantu pakatan ke atau hantu diwujudkan oleh Nga Kor Ming untuk dijadikan pengundi hantu. Jadi, saya cabar mereka bawalah (kepada polis),”katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Himpunan Usahawan dan Pelancaran Kelab Usahawanita Tunas Inspirasi Beruas (KuTUB) Amanah Iktiar Malaysia (AIM) Cawangan Manjung di sini, hari ini.

Selasa lepas, Nga yang juga Pengerusi DAP Perak mendakwa pihaknya mempunyai bukti mengenai kewujudan lebih 165,000 pengundi hantu yang dibawa masuk ke negeri itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Nga yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang mengugut akan menyerahkan semua bukti tersebut kepada polis jika BN negeri tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pembangkang dalam tempoh 24 jam kerana sebelum ini menyifatkan kewujudan pengundi hantu itu hanya sandiwara politik.


Pada majlis itu, Zambry turut mengumumkan pemberian peruntukan berjumlah RM100,000 kepada KuTUB.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Dr. Zubir Harun berkata sehingga kini, sebanyak RM18 bilion pembiayaan telah dikeluarkan bagi membantu 387,722 sahabat AIM sejak ia ditubuhkan 30 tahun lepas.

Bagi tahun ini, AIM menyasarkan pembiayaan sebanyak RM2.5 bilion kepada sahabat dan sehingga Ogos 2017, sebanyak RM1.5 billion telah disalurkan kepada sahabat di seluruh Malaysia.

“Bagi AIM Perak, sebanyak 36,000 sahabat telah menyertai Sahabat dan secara terkumpul telah memberi pembiayaan sebanyak RM1.8 bilion,” katanya. -BERNAMA

Kategori