Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hutang Negara Termasuk Liabiliti...

PUTRAJAYA - Negara kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya mampu...

Kes Video Zamani, Empat...

Empat anggota polis dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran klip video seorang penyanyi lelaki...

Manifesto BN: 5 Juta...

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menjanjikan masa depan sektor pendidikan negara yang...

Gempa: Rakyat Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan...

Tukang Masak Maut Di Takbai Tak Berselisih Faham

TUMPAT – Abang kepada seorang rakyat Malaysia yang maut dipercayaiterkena peluru yang dilepaskan sekumpulan individu bersejata di pusat pemeriksaan di Kampung Che He, Takbai malam tadi, berkata adiknya memang sering berulang ke pekan itu.

Wan Pa W. Hussin, 58, berkata adiknya Wan Mohd Zain W.Hussin, 46, merupakan tukang masak di sebuah restoran di sini dan tidak ada berselisih faham dengan sesiapa pun.

Baca: Mangsa Ditembak Di Takbai Terbawa IC Anak

“Kami tidak menyangka dia terkena tembakan yang dipercayai ditujukan kepada anggota keselamatan Thailand yang bertugas di situ, kerana dia tidak berselisih faham dengan sesiapa sehingga mahu ditembak, ” katanya kepada pemberita di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam waktu Thailand itu, mangsa yang menaiki motosikal sedang melalui pusat pemeriksaan keselamatan apabila empat lelaki bersenjata yang menaiki sebuah trak pikap melepaskan tembakan ke atas mereka yang sedang berkawal di situ. Satu daripada pelurunya mengenai mangsa.

Wan Pa berkata adiknya, duda anak empat, pergi ke pekan Takbai selepas solat Maghrib malam tadi kerana urusan tertentu.

Beliau berkata kali terakhir mangsa menghubungi anggota keluarganya adalah pada pukul 9.45 malam tadi melalui aplikasi Whatsapp, menyatakan ada urusan di pekan Takbai.

Mangsa mempunyai empat orang anak berusia antara 12 dan 21 tahun hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya yang berasal dari Terengganu, katanya.


“Saya sebenarnya hanya mengetahui kejadian menimpa adik saya sekitar pukul 12 tengah malam tadi kerana menetap di Bachok,” katanya.

Wan Pa berkata jenazah adiknya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kematian rakyat Malaysia di Takbai pada pukul 9 pagi tadi. – BERNAMA

Kategori