Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

“Lantaklah Nak Makan Mana,...

BUKIT MERTAJAM - Gambar seorang lelaki dan wanita yang dipercayai pasangan suami isteri...

Anak Azman (Flop Poppy)...

PETALING JAYA - Anak kepada bekas pemain dram Flop Poppy Azman Ismail yang...

Hanez Suraya Mahu Tinggalkan...

SEJAK mendirikan rumah tangga boleh dikatakan jarang kita lihat Hanez Suraya muncul dalam...

Larangan Pembakaran Terbuka Penting...

PUTRAJAYA - Usaha Malaysia menangani masalah jerebu rentas sempadan ketika ini menjadi lebih...

Ular Gergasi Cuba Baham Lelaki Akhirnya Jadi ‘Lauk’

SEEKOR ular sawa yang menyerang seorang lelaki sehingga lengannya hampir terputus, akhirnya tumpas di tangan penduduk kampung di sebuah kawasan pedalaman di Pekanbaru, Indonesia.

Mangsa, yang merupakan pegawai keselamatan bernama Robert Nababan telah ‘bertembung’ dengan makhluk bersaiz gergasi itu semasa sedang melakukan rondaan di ladang kelapa sawit tempat dia bekerja di Batang Gansal.

“Ular sawa itu panjangnya 7.8 meter atau 25.6 kaki dan ia memang teramat besar,” kata seorang polis tempatan bernama Sutarja kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Menurut Sutarja, Nababan yang berusia 37 tahun itu sebenarnya gemar makan ular dan sedang mencuba untuk menangkap ular tersebut dengan menggunakan karung guni.

Namun, ular gergasi itu melawan kembali dan menggigit lengan kirinya sehingga hampir putus.

Nababan kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di pekan terdekat untuk menerima rawatan.


Kata pegawai polis itu lagi, jika tidak kepada pertolongan beberapa penduduk tempatan lain yang turut ada semasa insiden berlaku, mungkin Nababan sudah lama ditelan oleh ular tersebut.

Penduduk kampung Batang Gansal, Surabaya melapah dan memotong ular sawa gergasi itu untuk digoreng.

Apabila dah berjaya tangkap ular tu, apa lagi kan? Pesta lah!

Penduduk di kampung itu kemudiannya menggantung reptilia itu untuk dilihat oleh orang ramai sebelum memotong, menggoreng dan menjadikan ular itu sebagai santapan mereka.

Ular gergasi memang biasa ditemui di kawasan hutan sekitar Indonesia dan Filipina.

Pada Mac lalu, seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui di dalam perut seekor ular sawa selepas penduduk kampung membelah perut haiwan yang sedang ‘buncit’ itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori