Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

World #QuranHour: Ayat Suci...

KUALA LUMPUR - Tarikh 31 Ogos setiap tahun merupakan hari bersejarah buat negara...

Raja Azura, Salih Yaakob...

BARU-BARU ini industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman Salih Yaakob dan Raja Azura di pentas...

Sabah Juara Piala Agong...

KUALA LUMPUR - Juara empat kali, Sabah muncul juara Ragbi Piala Agong 2018...

Batal Lesen Hotel Larang...

PERSATUAN Progresif India Malaysia (MIPAS) amat kesal dengan sikap diskriminasi dan mengutuk sekeras-kerasnya...

UniMAP Sambut Maal Hijrah Setiap Tahun

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menjadikan sambutan Maal Hijrah sebagai acara tahunannya selepas mengadakan majlis itu buat pertama kalinya hari ini, kata Naib Canselor universiti itu Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Beliau berkata acara itu dianjurkan bagi mengingatkan umat Islam supaya menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW dan pengorbanan baginda berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang tercatat dalam Al-Quran.

“Konsep hijrah ini, jika dihayati, mampu merubah diri orang beriman dalam pelbagai konteks termasuk mengadakan hubungan dan kerjasama dengan pihak yang membawa kebaikan,” katanya kepada Bernama pada majlis sambutan di kampus induk UniMAP di sini, hari ini.

Pada majlis itu, ceramah Maal Hijrah dan penyampaian anugerah kepada warga UniMAP turut diadakan.


Pengarah Pusat Islam UniMAPHassan Arshad dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah UniMAP 2017 manakala pengarah Pusat Kesihatan universiti itu Prof Madya Dr Mohamad Iqbal Omar dan pengawal keselamatan Nordin Harun masing-masing menerima anugerah khas Tokoh Harapan Maal Hijrah.

Dua pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pemesinan dan Integrasi Eletronik, Muhammad Syahmi Ahmad Tamili dan Nur Syuhada Tasnim Kayati pula menerima anugerah khas Tokoh Siswa Islam.- BERNAMA

Kategori