Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Iklan Laman Cari Jodoh...

DI zaman yang serba canggih dan moden ini, hampir segalanya terletak di hujung...

4 Sekeluarga Termasuk Bayi...

SHAH ALAM - Empat sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut...

Lepas Gary.. Ji Hyo,...

PASTINYA ini berita sedih buat peminat Running Man kerana Song Ji Hyo dan...

Kerajaan Timbang Perketat Undang-Undang...

SINTOK - Kerajaan sedang menimbang untuk mengetatkan lagi undang-undang siber (cyberlaw) sedia ada...

Usahawan Desa Perlu Miliki 3 Ciri Keusahawanan Berjaya

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa usahawan desa untuk memiliki tiga ciri-ciri keusahawanan yang berjaya bagi menghadapi landskap ekonomi baharu.

Beliau berkata tiga ciri-ciri tersebut adalah memperhebatkan kreativiti dan inovasi, mengoptimumkan penggunaan teknologi dan digital dalam perniagaan serta mempertingkat daya saing dan memperkukuh daya tahan, dalam mengharungi landskap ekonomi yang semakin mencabar ketika ini.

“Dalam usaha kita menakluk landskap ekonomi baharu ini, para usahawan desa hendaklah memiliki ‘DNA’ keusahawanan desa TN50 (Transformasi Nasional 2050) yang berjaya,” katanya semasa merasmikan Karnival Usahawan Desa 2017 (KUD), di sini, hari ini.

Najib berkata daripada ketiga-tiga ciri itu kreativiti dan inovasi merupakan ‘DNA’ yang paling mustahak untuk usahawan terus kekal relevan dan bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif manakala daya saing dan daya tahan penting untuk membawa mereka ke mercu kejayaan.

“Daya saing dan daya tahan ini jugalah sebenarnya merupakan kayu ukur membezakan kemampuan di sebalik setiap kejatuhan dan kebangkitan yang dihadapi oleh seorang usahawan sejati,” katanya.

Sementara itu, katanya, landskap ekonomi digital pula memungkinkan usahawan desa menjadi lebih kompetitif dan berupaya menakluk pasaran baharu yang belum diterokai.

Perdana Menteri turut menggesa usahawan untuk mengambil segala ruang dan peluang memperluas jaringan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi termasuk pasaran serantau dalam lingkungan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan seterusnya ke peringkat global.


Mengenai KUD, Najib berkata, karnival yang dianjurkan secara dwitahunan sejak 2006 itu telah memberi impak dan kesan rantaian kepada pembangunan agenda keusahawanan di peringkat akar umbi.

Menurutnya, edisi tahun ini yang dianjurkan dengan tema “Produk Desa, Pasaran Global” dijangka mencatatkan jualan melebihi RM3 juta dan nilai tempahan sebanyak RM10.5 juta.

Seramai 700 usahawan menyertai karnival tersebut, peningkatan berbanding 650 usahawan pada edisi sebelum ini. – BERNAMA

Kategori