Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kadar Rt COVID-19 Meningkat...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 pada jangkaan mengikut kes...

Masyarakat Cina Semakin Mesra...

SEREMBAN - Sokongan pengundi Cina di negara ini kepada Barisan Nasional (BN) khususnya...

Pejalan Kaki Parah Disahkan...

KOTA KINABALU - Seorang pejalan kaki yang cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan...

Adakah Kerajaan Sudah Mula...

KERAJAAN baharu Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjukkan tanda-tanda sedang panik...

Usahawan Luar Bandar Muda Disaran Beri Nilai Tambah

BALING – Usahawan muda di luar depan perlu mendepani perubahan dunia perniagaan dengan sentiasa memberi nilai tambah kepada produk serta meningkatkan kemahiran keusahawanan agar mampu bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar.

Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata dengan senario sekarang di mana perniagaan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, keberanian, kreatif dan inovatif dalam perniagaan sahaja tidak cukup.

“Ramai yang boleh berniaga tetapi yang membezakannya adalah beberapa perkara yang ditambah nilai kepada perniagaan seperti ketepatan masa, kejujuran atau sifat mesra yang ditonjolkan usahawan itu,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Program Usahawan Perintis Bersama Kolej Komuniti Wilayah Utara 2017 di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kolej Komuniti Baling, Sobah Hamid dan Pengerusi Pengarah Kolej Komuniti Wilayah Utara, Nordin Sariju.

Program yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan seramai 600 orang pelajar daripada 16 buah Kolej Komuniti Wilayah Utara, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta orang awam.

Sementara itu, Sobah berkata golongan usahawan muda khususnya pelajar kolej komuniti ini perlu secara berterusan diberi penerapan dan pendedahan kepada nilai usahawan yang betul.

“Mereka memerlukan satu ekosistem sokongan yang mampu membuka ruang dan minda mereka untuk menjadi lebih kreatif dan berdaya saing dengan cara yang betul,” katanya.


Katanya, dengan program sebegini, ia menjadi platform kepada usahawan kolej komuniti untuk meningkatkan keyakinan diri dan persiapan menghadapi dunia perniagaan sebenar yang sangat kompetitif.

Beliau berkata selaras dengan sasaran pihak pengurusan kolej komuniti untuk melahirkan ramai usahawan dalam kalangan pelajar termasuk menubuhkan Unit E- Tech.

“Unit ini adalah untuk mengelola program keusahawan berorientasikan praktikal sebagai cara memberi pelajar pengalaman sebenar dunia perniagaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori