Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Baling Semakin...

BALING - Keadaan banjir di daerah ini semakin pulih dengan jumlah mangsa yang...

Bekas Pengarah Urusan Dituduh...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat swasta bergelar datuk berhadapan...

Arab Saudi Diminta Bantu...

KUALA LUMPUR - Arab Saudi hari ini diminta supaya turut memberi kerjasama dalam...

Pemimpin Melayu Dalam PH...

BERA - Pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai ‘pak turut’ apabila...

Video: Merokok Di Stesen Minyak? Ini Makan Dia…

PASTI semua orang tahu bahaya merokok ketika berada di kawasan stesen minyak, apatah lagi ketika sedang mengisi minyak.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang enggan membuang rokoknya ketika sedang mengisi minyak, menerima pengajaran yang pasti akan diingatinya seumur hidup.

Dalam kejadian di Sofia, Bulgaria, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas menunjukkan lelaki berkenan yang berpakaian putih dan memakai topi, keluar dari pintu penumpang sebuah kereta hitam sambil memegang sebatang rokok di jarinya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki itu kemudian disedari seorang pekerja stesen minyak yang bertindak menegur lelaki itu untuk membuang rokoknya.

Bagaimanapun lelaki terbabit enggan mengendahkan teguran pekerja itu biarpun beberapa kali dipinta untuk membuang rokok di tangannya.


Berang dengan kebiadaban lelaki itu, pekerja berkenaan terus datang ke arahnya dan mengambil alat pemadam api di belakang pam tersebut, lalu menyembur muka lelaki itu.

Bagaimanapun, mujur tindakan pekerja stesen minyak itu tidak menimbulkan kemarahan perokok tersebut yang mungkin boleh menyebabkan situasi tegang berlaku pada ketika itu.

Rakaman tindakan pekerja stesen minyak berkenaan sehingga kini menerima pelbagai pujian netizen di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori