Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rimas Diganggu, Fasha Fail...

ENGGAN diganggu privasi, pelakon Fasha Sandha akhirnya memfailkan perintah injuksi terhadap bekas suami,...

Warga Emas Terkejut Jumpa...

YAN - Seorang warga emas terkejut menjumpai seorang bayiperempuan yang baru lahir di...

Eksport Meningkat Namun Malaysia...

KUALA LUMPUR - Walaupun momentum pertumbuhan eksport yang dicatatkan oleh Malaysia pada Mei,...

TNB Tawar Produk &...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang menyedari perubahan tingkah laku pelanggan...

Video: Selambanya Bikers Malaysia Ni…

NARATHIWAT – Tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia yang secara sembrono sekat pengerakan trafik di sebuah persimpangan mengundang kecaman ramai.

Menerusi satu rakaman video yang kini tular di media sosial, ia menunjukkan empat ‘bikers’ itu bertindak seperti anggota polis trafik menahan kenderaan dari laluan kiri dan kanan di persimpangan lampu isyarat terbabit.

Aksi mereka itu yang turut disiarkan stesen televisyen tempatan adalah sebagai memberi ruang kepada konvoi motosikal besar kumpulan berkenaan berlalu ketika mereka berada di wilayah selatan Thailand baru-baru ini.

Insiden yang dilaporkan berlaku pada 22 September lalu itu turut mengundang reaksi tidak puas hati dalam kalangan rakyat di negara jiran berkenaan.

Mereka menyifatkan tindakan bikers itu sebagai ‘angkuh’ kerana tidak menghormati undang-undang jalan raya di negara lain.


Susulan tersebarnya video panas berkenaan, tampil seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai wakil dan Ahli Jawatankuasa Chopper Garaj Kelantan (CGK), memohon maaf atas insiden berkenaan.

Difahamkan, wakil dari CGK itu malah telah buat permohonan maaf secara terbuka kepada Gabenor Narathiwat dan seluruh rakyat Thailand atas kecuaian dalam mengawal pergerakan konvoi di wilayah bergolak tersebut.

Memetik laporan BH Online, presidennya Diami Yusoff berkata surat permohonan maaf itu sudah dihantar kepada pemangku Konsul Jeneral Thailand di Kota Bharu, Kelantan, Jantarat Ngamchana kira-kira 10 pagi semalam.

“Kejadian itu berlaku di simpang lampu isyarat di Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand ketika kami dalam pergerakan konvoi sempena Program Mahabbah Keenam,” katanya. – Mynewshub.cc

Kategori