Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Amar Baharin Bawa Watak...

AMAR Baharin, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan tanah air,...

Padah Status Balas Komen...

SEORANG pakar gua Britain yang bantu usaha menyelamat 12 ‘budak gua’ di Thailand...

New York Umum Tahun...

NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang semalam untuk mengisytiharkan Tahun...

Apa Agenda Maria Chin...

BEBERAPA hari lalu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah bertindak berani sengaja mengajak...

Vingada Dilantik Sebagai Pengurus Skuad Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Selain memegang jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada hari ini turut dilantik sebagai pengurus pasukan setelah mendapat perkenan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tanggungjawab sebagai pengurus pasukan merangkap ketua jurulatih kebangsaan itu diberikan kepada Vingada bermula dengan perlawanan ketiga Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong malam ini.

“Pelantikan ini dibuat kerana Tunku Presiden mahukan seorang pengurus pasukan sepenuh masa yang boleh sentiasa fokus dengan tugasannya bersama pasukan, selain memudahkan perjalanan pentadbiran pasukan dari aspek pengurusan dan kejurulatihan.

“Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal yang telah menggalas tugas sebagai pengurus pasukan kebangsaan pada dua perlawanan terdahulu bertemu Lubnan di Larkin pada 13 Jun lalu dan bertemu Hong Kong di Melaka (pada 5 September),” katanya dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook FAM .

Skuad negara ketika ini menduduki tangga tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata dari dua perlawanan dan Lubnan mendahului kumpulan dengan tujuh mata dari tiga perlawanan manakala Korea Utara dan Hong Kong berkongsi dua mata. – BERNAMA

Kategori