Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Nordiana, Wanita Bertudung Pertama...

SHAH ALAM - Seorang wanita bertudung yang dikenali sebagai Nordiana yang menjuarai pertandingan...

Video: Luahan Cinta Budak...

Alahai budak-budak zaman la ni, suka melakukan perkara yang sesat lagi menyesatkan!Kita yang...

Lebih Banyak Pasar Tani...

KEMAMAN - Lebih banyak pasar tani kekal akan dibina di seluruh negara yang...

APMM Tahan 2 Kapal...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal asing kerana...

Wanita Dibenar Tonton Acara Sukan Di Arab Saudi

RIYADH – Golongan wanita di Arab Saudi akan dibenarkan untuk memasuki stadium bagi menyaksikan acara sukan mulai tahun depan.

Arab Saudi adalah antara negara yang mengenakan larangan ketat terhadap wanita, sudah lama menghalang golongan wanita daripada memasuki arena sukan, berikutan peraturan pengasingan jantina di tempat awam.

Pengumuman itu adalah selaras dengan pelan perubahan yang dilancarkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang mengejutkan negara ultra konservatif itu, termasuk keputusan bersejarah yang membenarkan wanita memandu kenderaan mulai Jun tahun depan.

“Persiapan sudah dibuat di tiga stadium di Riyadh, Jeddah dan Damman untuk menerima kehadiran keluarga bagi menyaksikan acara sukan mulai awal tahun depan,” kata pihak berkuasa sukan kebangsaan di Twitter.

Menurut pihak berkuasa, berikutan itu, beberapa kemudahan tambahan seperti restoran dan kafe akan dibina di dalam stadium, selain pemasangan skrin pengawasan.

Buat kali pertama pada bulan lalu, ratusan wanita dibenarkan memasuki stadium sukan di Riyadh, yang sering digunakan bagi perlawanan bola sepak bagi meraikan Hari Kebangsaan Arab Saudi.


Mengikut sistem penjagaan keluarga, secara kebiasaannya bapa, suami atau abang perlu memberi kebenaran kepada wanita untuk melanjutkan pelajaran, melancong atau mengikuti lain-lain aktiviti.

Bagaimanapun, Arab Saudi dilihat semakin memberi kelonggaran kepada beberapa peraturan susulan pelancaran Wawasan 2030 yang menyaksikan perubahan ekonomi dan sosial, yang antara lain menyasarkan peningkatan tenaga kerja wanita. – AFP/BH ONLINE

Kategori