Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Sempat Brek, Pelajar...

SEBUAH video yang merakamkan detik kejadian sebuah kereta yang melanggar tembok simen di...

Pengambilan Dadah Perancang Tambah...

KUALA LUMPUR - Bukan mustahil apabila anda berada dalam satu kumpulan seramai tiga...

Zamihan Saman FMT, MMO,...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan...

PH Cuba Sekat Momentum...

REMBAU - Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Pakatan Harapan (PH) mahu beliau tewas...

Wanita Maut Dirempuh Lori Di Depan Kilang

PARIT BUNTAR – Seorang wanita maut dirempuh sebuah lori di hadapan premis memproses kelapa di Jalan Pantai Kuala Kurau di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaakob berkata mangsa dikenali sebagai Haryati Sazali, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Katanya dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, sebuah lori dipandu lelaki yang belum dikenal pasti identitinya hilang kawalan lalu merempuh mangsa yang berada di hadapan kilang itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata pemandu lori berkenaan telah menghilangkan diri dan polis sedang mengesan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori