Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Panasonic Rancang Labur RM300...

SHAH ALAM - Panasonic Group di Malaysia merancang melabur RM300 juta dalam automasi...

Kelantan Larang Main Pokemon...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini melarang permainan maya Pokemon GO di...

Khairy Jamaluddin Setuju Pelantikan...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersetuju dengan pelantikan Morten Frost...

USM Nafi Tertuduh Kes...

KUALA LUMPUR - Universiti Sains Malaysia (USM) kesal dengan laporan beberapa akhbar mengenai...

Wanita Sempat Berswafoto Sebelum Mati Dibunuh

SEORANG wanita yang juga ibu kepada dua anak, sempat hantar gambar swafoto terakhir kepada abangnya sebelum dia mati dibunuh oleh lelaki yang baru dikenalinya kerana enggan melakukan seks dengan lelaki itu.

Olga Emelyanova telah dibunuh dengan kejam oleh Rasim Sadykov, 30, selepas mereka berkelah di luar bandar di Salavat, Rusia.

Wanita berkenaan yang telah berpisah dengan suaminya, bertemu dengan Rasim menerusi laman web.

Rasim berjaya dikesan oleh polis selepas gambar swafoto Olga dan lelaki itu dihantar kepada abangnya, Evgeny Andreev.

“Saya dibawa oleh seseorang ke satu tempat,” demikian tulis Olga kepada abangnya.

Abangnya kemudian membalas `adakah ke hutan’ dan Olga membalas `ya’.


Dalam siasatan, Rasim memberitahu polis bahawa dia telah mencekik Olga dan kemudian menyembunyikan mayatnya dalam hutan. Mayat wanita itu hanya ditemui selepas enam hari kehilangannya.

Polis dapat mengesan Rasim kerana selepas Olga menghantar mesej kepada abangnya, dia tidak dapat lagi dapat dihubungi, menyebabkan keluarganya menghubungi polis.

Bekas suami Olga, Roman, kini menjaga anak mereka yang berusia 10 dan tiga tahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori