NETIZEN dikejutkan dengan rakaman yang menunjukkan seorang wanita menyeret seorang kanak-kanak di sebuah jalan.
Menerusi klip video itu, wanita berkenaan berpakaian warna hitam sambil memegang beg sandang.
Namun menggunakan tangan kanannya, wanita tersebut mengheret seorang budak di belakangnya.
Joe Cain yang berkongsi video itu di laman sosial Twitter pada Selasa menegaskan bahawa rakaman dalam satu insiden yang berlaku di Liverpool itu adalah tulen.
Cain cuba memberikan penjelasan susulan segelintir orang yang menontonnya menganggap kanak-kanak yang dimaksudkan hanyalah anak patung.
Bercakap kepada Echo, Cain memberitahu dia sedang berjalan di bandar dan ternampak kanak-kanak itu terjatuh.
“Wanita itu nampak budak tersebut jatuh tetapi dia terus berjalan.
“Budak itu nampak ok tapi jujurnya sesiapa yang melihatnya pasti merasakan keadaan dia tidak baik.
“Keadaan itu sudah tentunya menarik perhatian orang, tetapi tiada sesiapa yang hendak berkata atau melakukan sesuatu,” katanya. – Mail Online/mStar Online