HANOI – Seorang warga Amerika Syarikat berasal dari Vietnam, antara 59 mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan di bandar Las Vegas, Amerika Syarikat Nevada pada Ahad, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Menurut laporan Dispatch Columbus mangsa dikenali Michelle Vo, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Mangsa berusia 32 tahun, bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan NYLIFE .
Lebih 600 orang cedera dalam kejadian tembakan di sebuah konsert di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas di Nevada.
Pegawai hospital berkata, sekurang-kurangnya 45 lagi mangsa masih dalam keadaan kritikal.
Suspek utama kes berkenaan dipercayai menggunakan senapang automatik dan melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan, bagaimanapun, suspek berjaya dibunuh polis kemudian. – BERNAMA