Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PBS Tolak Cadangan Pulau...

KOTA KINABALU - Sayap pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak cadangan Ketua Menteri,...

Barisan Pemain TRW 2015...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengumumkan barisan baharu pemain...

300 Akhbar AS Selar...

WASHINGTON – Lebih daripada 300 akhbar di Amerika Syarikat (AS) semalam membuat penegasan...

Gavin Sasar Cemerlang Pada...

SHAH ALAM - Setelah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Jelajah Asia 2017, bintang golf...

Warga Bangladesh Cedera Ringan Akibat Runtuhan

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengarahkan sebuah tapak pembinaan rumah di Meru Raya, di sini, ditutup sementara waktu berikutan berlaku kejadian runtuhan konkrit bertetulang sehingga mencederakan seorang pekerja warga Bangladesh, hari ini.

Ketua Zon 1 JBPM Perak, Mohd Khairul Jamil berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 tengah hari itu, tiang konkrit bahagian atas bangunan rumah dua tingkat itu terjatuh dan mengenai pekerja berkenaan, mengakibatkan dia cedera ringan di kaki dan tangan akibat tersepit di bawah runtuhan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, pihak kami mendapati runtuhan hanya melibatkan konkrit bertetulang. Seorang mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah susulan, JBPM Perak akan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan negeri dan agensi berkaitan untuk melihat semula kes tersebut dengan lebih terperinci.

“Pada masa sama pihak bomba akan membuat pemantauan dan perbincangan dengan agensi terlibat untuk memastikan kawasan ini selamat sebelum diberi kebenaran untuk bekerja semula. Tempoh penutupan itu bergantung kepada keputusan yang dilakukan hasil daripada perbincangan agensi terlibat,” katanya. – BERNAMA

Kategori